
Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam berharap tidak berlaku penceraian membabitkan antara anaknya Syamsul Yusof dan menantu Puteri Sarah Liyana.
Menurut laporan BH Online, justeru beliau cuba memujuk menantunya supaya memikirkan semula keputusan untuk menfailkan penceraian pada Isnin ini.
“Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
“Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
“Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya.
Penerbit berusia 68 tahun itu berkata, beliau masih mengharapkan sinar di hujung terowong selain mendoakan terbaik atas apa yang berlaku.
Namun begitu, beliau terpaksa akur sekiranya berlaku perpisahan antara anak dan menantunya yang menjadi jalan terbaik buat pasangan tersebut.
Semalam Puteri Sarah mengesahkan akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua pihak.
Konflik rumah tangga pasangan itu semakin meruncing selepas Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 5, dan Summayah yang kini berusia tiga tahun.
Antara komen netizen .
Apa blh buat la dato..itu pilihan c sol..kalau hati sdh tawar,tiada guna mau teruskn juga..c sol pun X brusaha mau pujuk isteri dia,biar kn la dato.
Nampak sangat Dato Yusuf Haslam sgt syg dgn puteri sarah…menantu yg dia syg…
Mmg menantu kesayangan dato ngn datin la puteri sarah ni..bertuahnya puteri sarah ni..semoga dgn pujukan mertua ni berubah la hati sarah..
Bergegar Tiang Syurga .
Sumber OMM.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply