
Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah mendedahkan sudah tiada kata-kata yang mampu melembutkan hatinya untuk menarik semula keputusan memfailkan penceraian pada esok hari terhadap suaminya, Syamsul Yusof.
Menurut laporan Berita Harian, dia mengakui air matanya sudah kering untuk mengenangkan kemelut rumah tangga yang berlaku pada ketika ini dan yakin dengan keputusan yang dibuatnya adalah yang terbaik buatnya dan anak-anak.
Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 37 tahun itu turut memaklumkan keluarga telah memberi sokongan sepenuhnya segala keputusan yang dilakukan namun, tidak diwar-warkan kepada umum atas faktor kerjaya masing-masing.
Jelasnya, keluarga yang menjadi tulang belakang selama ini cukup memberikan semangat dalam diam sahaja dan tidak mahu dikenali oleh orang ramai.
Dalam pada itu, Puteri Sarah memberitahu dia tidak boleh menghakimi lelaki yang lain di luar sana dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini. Malah, dia percaya bahawa lelaki budiman dan masih lagi wujud di dunia ini.
Antara komen netizen,
Tolong faham ye lelaki2 diluar sana..budiman yg dimaksudkan sarah tu trmasuk poket tebal jugak ye..jgn dok perasan lebih pulak yg x berapa nk tebal tu.
Sekali dpt jantan kaki pukul baru ko tau langit tinggi ke flat.
Ramai lelaki budiman yang miskin.
Kayaraya bukan lesen kebahagiaan.
Sumber OMM.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply