
ISTERI pertama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini tampil mengulas isu membabitkan suaminya dan Hana Azraa.
Menerusi perkongsian di Instastory pada Ahad, Ain meminta agar tiada mana-mana pihak menghantar sebarang berita kepadanya berhubung perkara itu.
Kata Ain, dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan netizen itu.
Ain Afini komen isu PU Abu dan Hana Azraa.
“Tidak perlu sampaikan apa-apa kepada saya. Tak berminat untuk saya ambil tahu. Dia rasa okay untuk dedah dan biarkan dia.
“Awak baca sebagai ‘pengganggu’ dan saya baca sebagai ‘suami dan isteri’. Kenapa? Sebab tiada keputusan rasmi daripada hakim,” katanya.
Tambah Ain, dia sudah cukup bersabar selama empat tahun ini dan meminta agar dirinya tidak diganggu lagi.
“Saya tak layan orang psiko. Cukup empat tahun. Awak lapar perhatian? Awak dah dapat. Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu.
“Jangan jadi seseorang yang suka screenshot dan jadi penyampai. Kelebihan apa awak dapat? Kalau awak ganggu kesihatan mental saya lagi, saya tidak teragak-agak untuk melibatkan pihak berwajib sekali lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Hana berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai luahan rasa rindu Abu terhadap dirinya.
Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi mengganggunya.
Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Abu berhubung isu ini masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.
Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun.
Ain Afini minta tidak diganggu lagi.
Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin.
Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.
Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan ‘Afi.
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply