Akhirnya Puteri Sarah Tiba Di Mahkamah, Sempat Luah Perasaan Sebelum Masuk, Ini Kata2 Akhir Puteri Sarah

Kuala Lumpur: “Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul,” kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.

“Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.

PUTERI Sarah Liyana (tengah) tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof. FOTO Aswadi Alias

Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba di Mahkamah Syariah pada jam 10.25 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat.

“Saya gembira dan bersemangat,” katanya yang mengenakan jubah hitam.

Puteri Sarah berkata, dia juga gembira apabila dua adiknya hadir menemani.

“Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.

Apabila ditanya berhubung apa yang akan berlalu sebentar lagi, Sarah meminta orang ramai bersabar untuk menunggu tindakan seterusnya malah Sarah juga memaklumkan akan berkongsi maklumat lebih lanjut kemudian. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memohon orang ramai untuk mendoakannya.

Selain dua adiknya, turut hadir adalah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes ibu kepada dua cahaya mata itu.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Antara komen netizen,

Berpura2 Gembira.. Dalam Hati Sangat Sedih Pedih Pilu Untuk Meneruskan Langkah Ke Mahkamah Tapi Hati Kena Kuat Demi Anak2

Dia Bertambah Kuat Dan Semangat..Kerana Ada Adik Beradik Sebelah Kiri Dan Kanan Yg Memberi Semangat

Moga Allah Permudahkan Segala Urusan & Allah Sntiasa Memelihara Puteri Sarah & Ank2. Amiin!!!

Selain Pertolongan Allah Utk Sarah Dia Jgak Pnya Support Yg Kuat Dr 2x Fmly N Org Rmai..Doa Kan Utk Sarah & Anak2

Sarah Ni Baik Cantik.Prnh Naik Flt Sy Dn Sy Serve Dia.X Sombong Nk Minta Somthing Baik Je Bahasa Dia

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Video Puteri Sarah Di Mahkamah,

Sumber Metro/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*