10 Peguam Wakili Siti Bainun Tarik Diri, Smp Netizen Rasa Ada Sesuatu Yang Pelik Dgn Alasan Diberi Peguam!

Dari saksi yang dipanggil bagi kes ini, diberitakan tubuh kurus adik Bella pernah menggelupur disimbah air panas di mana OKT, Siti Bainun menggunakan cawan Ikea dan saat melihat anak kecil ini mengelupur, tertuduh dilihat berasa gembira.

Menjijikkan, Bella dipaksa makan najis sendiri dan saat Bella enggan, luka-luka di tubuhnya akan dicurah cuka kalau enggan melakukan perbuatan kotor itu.

Kisah penderaan adik Bella ini turut mendapat perhatian utama negara termasuk bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang turut menerima tempias kerana dilihat kurang prihatin tentang isu ini.

Kisah penderaan yang dialami adik Bella turut mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam. Bahkan pasangan Di Raja ini berasa pelik hingga tertanya-tanya siapakah Siti Bainun sehingga dirinya diwakili 10 peguam kerana ia sesuatu yang luar biasa.

Tunku Ismail turut menjemput barisan pejuang Ngo yang banyak membantu adik Bella ke Istana dan memberikan komitmen akan menghantar peguam pemerhati untuk kes luar biasa ini.

Dan hari ini, hari pertama OKT dipanggil membela diri. Namun dilaporkan di mahkamah sebentar tadi, kesemua 10 orang peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan telah menarik diri dari mewakilinya sekaligus mengakibatkan prosiding tergendala.

Hal ini dikongsikan oleh Ngo, Puan Mona Din di fbnya sebentar tadi selain ia turut dikongsikan oleh Aliff Ahmad yang bersama-sama berjuang mempertahankan adik Bella.

Dari sedikit perkongsiannya, difahamkan 10 peguam probono yang mewakili Siti Bainun menarik diri atas alasan tiada masa lapang dan ia pastinya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini dapat dilihat mereka yang membela adik Bella dan barisan peguam “bertikam lidah” di media sosial masing-masing.

Walau ia dilihat “kemenangan pertama” buat adik Bella namun perbicaraan ini mungkin mengambil masa lebih panjang kerana tertuduh pasti ingin melantik peguam baru dan prosiding kes hari ini juga tergendala.

Apa pun kita semua teruskan berdoa agar kemenangan berpihak pada adik Bella, anak syurga ini.

Antara pendapat netizen,

Ni taktik guys. Untuk melengah kan masa. So nanti makhamah akan bg masa untuk pembela cari peguam baru. Mcm kes najib la.

Ni taktik melengahkan perbicaraan atau memang peguam tak jumpa hujah yg bole bela si bainun..ape pun kita harap dengan kes ini dapat menyebabkan harga sardin turun.

Saja nk lengah²kan kes… patut amik tindakan keras terhadap peguam sbb membuang masa ….seperti mempersendakan semua yg terlibat…

Ni taktikal mcm case berprofile tinggi tu lh. Lawyer out take time utk cari lawyer baru. So case ni boleh holding dulu sblm siapkn planning baru. Hebat jg permainan dia ni ye. 

Sumber Mingguan Wanita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*