
Nama pelakon terkenal Indonesia iaitu Nikita Mirzani seringkali menjadi tumpuan ramai disebabkan penampilannya sangat menonjol dan agak seksi. Malah Nikita juga sering terpalit dengan beberapa kontroversi panas.
Selepas zina, tetap solat subuh
Nikita mengaku tinggal sebumbung dengan teman lelakinya, Antonio Dedola. Lebih mengejutkan apabila Nikita mendedahkan mereka sering melakukan maksiat bersama.
Meskipun tahu pendedahan tersebut bakal mengundang kecaman netizen namun ibu kepada tiga anak ini sangat terbuka untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Bercerita dengan lebih lanjut, Nikita akui dia tidak akan meninggalkan solat subuh setiap hari walaupun selepas melakukan hubungan intim dengan Antonio.
Bangun pukul 6 pagi untuk solat Subuh. Kalau sudah berzina haruslah mandi wajib dulu. Saya belum bernikah dengan Antonio, kamu fikir saya tak buat apa-apa? Kalau kata orang Islam berzina. Selepas itu saya solat.
Yang berdosa itu saya dan yang sedap itu juga saya.
Menurut Nikita, dia mengenali teman lelakinya pada tahun lalu dan sejak daripada itu, dia merasakan bahawa Antonio seorang lelaki yang jujur dan ikhlas mencintainya. Menerusi temu bual tersebut, pasangan ini juga mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Info Nikita Mirzani,
Nikita Mirzani Mawardi (lahir 17 Mac 1986) ialah seorang pelakon, model dan pengacara rancangan televisyen Indonesia.
Dia memulakan kerjaya televisyennya dengan penampilan di Take Me Out Indonesia dan membuat debut filemnya sebagai tambahan dalam Lihat Boleh, Pegang Jangan (2010).
Terkenal dengan keperibadiannya yang berani, dia telah mendapat perhatian media nasional di luar kerjaya televisyen dan filemnya kerana penglibatannya dalam pertengkaran fizikal, hubungan percintaannya yang bermasalah, serta kritikannya terhadap pemimpin Barisan Pembela Islam (FPI), Muhammad Rizieq Shihab.
Pada Februari 2018, Nikita mengumumkan dia telah berkahwin dengan usahawan Dipo Latief, anak kepada menteri tenaga kerja era Suharto dan taikun Abdul Latief.
Sebulan kemudian, Nikita menafikan perkahwinan itu serius. Pada 16 Julai 2018, Nikita memohon untuk berkahwin dan bercerai, hanya untuk menarik balik permohonannya pada 24 Oktober 2018. Pasangan itu mempunyai seorang anak, Arkana Mawardi, lahir pada 2019.
Nikita memfailkan semula permohonan perkahwinan dan cerai pada 29 November 2019. Perkahwinan itu dan cerai telah dikabulkan oleh Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 7 Oktober 2019. Peguam Nikita berkata perkahwinan dan perceraian itu perlu supaya anak pasangan itu sah dan supaya Dipo perlu membayar “ratusan juta” rupiah sebagai nafkah anak.
Dipo merayu kesahihan perkahwinan itu di Mahkamah Agung tetapi gagal rayuannya.Nikita kemudiannya disabitkan dengan kesalahan menyerang Dipo.
Sumber Ohbulan/wiki.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply