Lepas Puteri Sarah Failkan Penc3raian, Ini Tindakan Bijak Yang Dilakukan Syamsul Yusof

Kuala Lumpur: Syamsul Yusof mengambil langkah berdiam diri dan gagal dihubungi bagi mendapatkan komennya berhubung tindakan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana yang memfailkan perceraian, hari ini.

Cubaan Harian Metro menghubungi Syamsul yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, The Original Gangster tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.

T3rdahulu, Put3ri Sarah n3kad m3ngambil jalan p3rpisahan untuk p3rhubungan m3r3ka s3l3pas sudah b3rfikir masak-masaknya dalam jangka masa lama s3jak 3mpat tahun lalu s3hingga akhirnya m3nutup p3luang k3dua untuk Syamsul.

Apapun, k3putusan untuk b3rpisah ini s3m3stinya sudah dik3tahui Syamsul k3rana ia t3rl3bih dulu dimuat naik Put3ri Sarah di Instagram minggu lalu s3b3lum m3mfailkannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Syamsul dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro berkata, dia berusaha untuk memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dan keluarganya.

Puteri Sarah Dedahkan Kenapa Tarikh Yg Ditetapkan Mahkamah Kebetulan Tarikh Yg Amat Penting Utk Dia Dan Syamsul Jika Mereka Masih Bahagia

Setelah hampir sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya nekad memfailkan permohonan cerai terhadap suami iaitu pengarah Syamsul Yusof. Susulan itu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, ketika ditemui mStar berkata tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah itu dilihat signifikan kerana hampir dengan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

sarah2 - 1

“Saya lega, kalau ikutkan tahun ini cukup sembilan tahun perkahwinan kami dan sebenarnya tarikh 7 Mac yang ditetapkan mahkamah ini sangat signifikan kerana 8 Mac adalah tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

“Syukur Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Mohd Syamsul. Nampaknya tak ada rezeki,” katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pagi Isnin. Sarah yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi ditemani dua orang adiknya serta diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

Dalam pada itu, Sarah turut menegaskan dia bukanlah anti kepada poligami, tetapi dia bertindak menuntut cerai kerana kecewa ditipu oleh suami. Kata Sarah lagi, segala usaha yang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka suami isteri nampaknya tidak berhasil.

“S3b3narnya poligami itu indah s3kiranya suami itu b3rlaku adil. Tapi s3bab saya ditipu dan tak minta izin dan tak b3rbincang dulu. Jadi saya rasa ini jalan t3rbaik dan Alhamdulillah saya jalankan tugas s3bagai s3orang ist3ri.

“Apa yang saya bol3h katakan, Alhamdulillah saya sudah m3njalankan tanggungjawab s3bagai s3orang ist3ri. Saya dah buat yang t3rbaik, b3rbincang d3ngan k3luarga, saya b3rtahan, b3rjumpa d3ngan ustaz dan ustazah tapi sama juga masih tiada p3rubahan,” j3lasnya.

Sementara itu, Sarah menyifatkan doanya sewaktu mengerjakan ibadah Umrah telah dimakbulkan oleh Allah. Pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini berkata usaha dan istikharah yang dilakukan adalah jawapan kepada semua keputusan yang dibuat.

“Hari itu masa saya pergi umrah dan saya minta Allah tunjukkan jalan dan Allah memang dah tunjuk semua.

“Bila kita solat istikharah dan bila kita nak buat sesuatu, Allah permudahkan dan rasa tenang hati, dan maknanya inilah petunjuk yang Allah dah bagi,” katanya.

Sebelum ini, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela dimadukan. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Video,

Sumber: mstar online | HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*