
“Saya enggan jawab pertanyaan itu.” Itu reaksi pelakon Puteri Sarah Liyana yang memilih untuk mengunci mulut sama ada dirinya masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, kelmarin Syamsul ada menghubungi dan mengajaknya berbincang mengenai tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Bagaimanapun Puteri Sarah tidak dapat berkongsi butiran terperinci mengenai mesej yang dihantar anak penerbit Datuk Yusof Haslam itu.
“Syamsul ada hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp untuk ajak berjumpa dan berbincang. Tetapi, saya tidak jawab.
“Tunggulah, mungkin (jawab) selepas ini. Sebelum ke sini (Mahkamah Syariah Kuala Lumpur), Syamsul beri kata-kata terakhir, tetapi saya tak boleh kongsi butirannya,” katanya.
Menurut Puteri Sarah, selepas proses memfailkan perceraian terhadap Syamsul dia mahu menjalani kehidupan peribadi dengan lebih tenang dan fokus kepada ibadah.
“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun, apa yang penting, saya lega kerana sudah memfailkan tuntutan perceraian. Ini adalah langkah pertama.
“Saya akan mengerjakan umrah pada 26 Januari ini, jadi saya tidak mahu ada masalah yang tidak selesai.
“Segala-galanya sudah terjawab. Saya mahu pulang dari Umrah dan memulakan kehidupan baharu bersama anak-anak,” katanya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain.
KUALA LUMPUR: Puteri Sarah Liyana mempunyai beberapa pilihan mengikut peruntukan undang-undang syariah yang boleh digunakan bagi menuntut cerai daripada suami, Syamsul Yusof, andai pengarah kontroversi itu enggan melepaskannya.
Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata proses tuntutan cerai boleh diteruskan biarpun Syamsul enggan melepaskan plaintif pada hari sebutan kes terbabit pada 7 Mac depan.
“Mengikut prosedur, kalau defendan (Syamsul) hadir pada hari itu (7 Mac depan) dan setuju untuk lafazkan cerai, perceraian antara mereka boleh berlaku.

“Pada peringkat ini, wakil kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan. Kalau berjaya, kita akan teruskan perceraian. Jika gagal, kita rujuk pula kepada hakam keluarga.
“Jika masih gagal, kita beralih pula kepada hakam mahkamah di mana dalam kes di mana defendan masih enggan (lepaskan), kuasa untuk melafazkan cerai diberi kepada mahkamah yang mewakili plaintif,” katanya.
Akberdin berkata, pihaknya akan menggunakan saluran undang-undang yang diperuntukkan jika Syamsul sebagai defendan, enggan menceraikan Puteri Sarah.
Semalam, Puteri Sarah yang ditemani dua adiknya iaitu Puteri Sofia Nadira dan Megat Imran Ikram serta Akberdin, memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini.
Permohonan terbabit difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Sebelum ini, tahap kemarahan dan kekecewaan Puteri Sarah susulan pendedahan Syamsul yang sudah menikahi pelakon, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu, bagai sampai ke kemuncak apabila dia secara terbuka meminta suami melepaskannya.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Puteri Sarah yang membintangi drama bersiri Aku Seorang Perempuan, mendedahkan tujuan meminta cerai kerana tidak sanggup hidup bermadu.
Ketika ditemuramah BH Online, Puteri Sarah menegaskan dia tidak akan menarik balik keputusan berpisah walaupun Syamsul memujuknya.
Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, namun, anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan dan Summayah, tiga tahun.
Sebelum ini, BH Online melaporkan, mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam, sesuatu perceraian tidak boleh berlaku jika suami enggan melafazkan talak tetapi penambahbaikkan yang dilakukan kini membolehkan isteri membuat permohonan bercerai secara hakam.
Melalui kaedah ini, jika suami masih enggan melafazkan talak, hakam akan dilantik bagi mengambil kuasa melafaz talak suami dan seterusnya melafazkan cerai jika alasan yang dinyatakan isteri wajar dan munasabah mengikut peruntukan undang-undang.
Berbanding fasakh yang perlu melalui perbicaraan secara terbuka, proses hakam hanya membabitkan perbincangan di peringkat pertama melalui JKP, iaitu suami dan isteri boleh melantik wakil daripada ahli keluarga atau sesiapa mengetahui masalah dihadapi pasangan melalui proses perbicaraan.
Sumber Bharian.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply