Anak Tak Pakai Topi Keledar Jatuh Tergolek, Muka Terseret Atas Jalan… Rakaman Motosikal Rempuh BMW Buat Ramai ‘Kecut Perut’

TULAR di media sosial rakaman kemalangan membabitkan motosikal merempuh sebuah kereta jenis BMW pada Rabu.

Berdasarkan rakaman papan pemuka (dashboard), motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama kanak-kanak dipercayai anaknya itu secara tiba-tiba hilang kawalan.

Ketika rempuhan, anak kecil itu tercampak ke atas jalan raya dan terduduk kaku berkemungkinan terkejut dengan apa yang baru berlaku.

Pemandu kereta yang dirempuh motosikal itu kemudian bergegas keluar untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu.

Apa yang lebih membimbangkan apabila kanak-kanak itu dilihat tidak dipakaikan topi keledar.

Manakala si bapa dilihat turut tercampak ke atas jalan selepas motosikalnya merempuh pula pembahagi jalan.

“Kejadian depan mata hari ni, Allahuakbar. Sedih dan kesian kat budak tu.

“Kepada yang bawa anak naik motor tu, hati-hati la ya,” kata individu yang menggunakan nama Zoul BraveSlick di Facebook.

Menurutnya kejadian malang itu berlaku di lampu isyarat berdekatan Endah Parade di Sri Petaling berdekatan susur ke Bukit Jalil.

Sementara itu di ruangan komen, individu berkenaan berkongsi foto keadaan terkini mangsa.

“Alhamdulillah, rider dengan anak selamat. Cuma anak dia ada macam trauma sikit. Rider cedera luka dan mungkin terseliuh dengan effect pada pinggang.

“Saya ada di tempat kejadian, anak dia berdarah dekat mulut. Dahi dan hidung terseret,” kata beberapa netizen yang dikatakan menjadi saksi di tempat kejadian.

Si anak dilihat berada di sisi bapanya terkulai layu berkemungkinan masih cuba menghadam insiden yang baru menimpa.

Bapa dan anaknya selepas kejadian.

Netizen di media sosial mempercayai si bapa mengalami sindrom tertidur tanpa sedar (microsleep) kerana berdasarkan rakaman video itu dia memberikan lampu tanda ke arah (signal) ke kiri tetapi sebaliknya membelok ke kanan.

Selain itu ketika kejadian, motosikal yang dibawa si bapa itu tanpa sebab merempuh kenderaan lain dengan kelajuan yang tinggi memberikan indikasi yang dia berkemungkinan terlelap sebentar.

“Ni microsleep ni. Daripada bahu jalan dekat kiri tiba-tiba ke tengah, lepas tu ke kanan, lepas tu berlanggar dengan kereta BMW.

“Cara dia bawa motosikal tu macam dah microsleep. Mungkin sangat penat. Kita tak akan pernah tahu apa yang menyebabkan dia sampai penat macam tu.

“Semoga tidak ada apa-apa yang serius dan semuanya dipermudahkan untuk mereka,” kata beberapa netizen.

Antara komen lain,

Aku Dari Anak 1 Sampai 4 Org, Naik Motor Juga. Tapi Belikan Helmet Yg Harga Saing2 Sgv Tu Untuk Anak. Kita Sedar Kita Blm Mampu Nk Ada Kereta, Tp Atleast Kita Usaha Jaga Keselamatan Anak Atas Motor. Moga Cepat Sembuh Adik.

Tengok Video Macam Microsleep. Tapi Kat Twitter Dah Ada Orang Update, Both Bapa & Anak Selamat Tapi Ada Luka2

Ya Allah.. Kau Murahkan Lah Rezeki Bapa& Anak Itu. Permudahkan Lah Segala Urusan Mereka Sekeluarga.

Allahuakbar.. Klau Bawa Ank2 Naik Moto, Keselamatan Paling Utama.. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan..

Astaghfirullahalazim…Maaf Cakap…Lepas Tgk Video Tu Rasa Marah Betul Dekat Bapak Die…Tapi Tula…Mesti Bapak Die Rasa Bersalah X Sudah Tu…Sayang Anak Tu Bukan Senang Nak Dapat..Sikit Lagi Nak Kena Gilis…Allahu Seram Betul Semoga Baik2 Sahaja

Kalau Ditegur,Nanti Jawapan Nya Kalau Nk Mati..Mati Juga Dan Zaman Ambia Naik Kuda Mana Pakai Helmet..Jawapan Dari Si Bapak2 Mitali..

Moga Dipermudahkan Segalanya Buat Mudah Mudahan Tak Ada Apa Yang Serius Buat Ayah Dan Anak Nya…..Menitik Air Mata Tengok….

Video,

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*