Ramai Tak Percaya Lihat Lakonan Aznah Hamid & Rajinikanth Bercinta- “Umur Dah 40 Tahun Baru Tahu”

Zaman sekarang, laman TikTok sudah menjadi medium untuk merungkai sejarah dulu-dulu dikalangan selebriti mahupun tokoh-tokoh terkenal. Sebuah akaun TikTok dengan nama @starscreamz00 telah berkongsi rangkaian filem dulu-dulu yang melibatkan pelakon Malaysia dalam dunia hollywood mahupun bollywood.

 

Salah satunya, pemilik akaun ini berkongsi sedutan filem India berjudul PRIYA pada tahun 1978 yang menyaksikan gandingan pelakon veteran Malaysia, Aznah Hamid dan pelakon India terkenal Rajinikanth.

Dalam seditan video itu, penonton dapat lihat watak pasangan romantik bercinta yang dibawa oleh Aznah Hamid dan Rajinikanth.

Rata-rata netizen tidak menyedari kewujudan filem lama ini malah tidak menyangka pelakon Malaysia pernah menjadi heroin dalam filem India.

Video,

“Selama ni 40th hidup baru tau…Aznah Hamid pernah berlakon dgn hero Tamil yang legend tu”- tulis netizen

“Kerana tiktok, mcm2 hal kita dapat tau, benda dah lepas-lepas”- tulis netizen lain.

Tak kurang juga yang mahukan filem ini ditayangkan semula di stesen TV tempatan.

“Cuba tayang cite ni kat tv… ini asyik ulang-ulang citer kabi khusi kabi ngam… takpun kuch2 hota hai… lebih 10x dah rasanya”- ujar netizen.

Buat anda yang masih tidak tahu, filem ini melakukan penggambarannya di Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Aznah Hamid adalah merupakan pelakon wanita veteran dan sentiasa membintangi drama dan filem di kaca TV dan juga merupakan ibu kepada pelakon Sheera Iskandar.

Sumber Murai .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*