Akhirnya Jaafar Onn Beri Penjelasan Tentang Gambar Yg Tular Adakah Betul Dia Bernikah Dengan Gadis Yg Jauh Lebih Muda!

Tindakan pelakon dan pengacara, Jaafar Onn memuat naik gambar dia sedang melalui proses pernikahan di media sosial menimbulkan salah sangka ramai.

Menurutnya, dia dihujani mesej dan panggilan pelbagai pihak yang bertanyakan kesahihan perkara ini sejak pagi hari ini.

“Sebenarnya itu hanya babak lakonan saya untuk iklan makanan. Saya adalah duta jenama ini. Kononnya saya berkahwin dengan janda dua anak.

“Pening juga nak menjawab. Saya kata pada mereka, adakah saya tak boleh berkahwin lagi pada usia 71 tahun sekarang?

Tak dinafikan ada pelbagai kategori wanita iaitu janda anak satu, janda anak dua dan anak dara tua yang sudi nak berkahwin dengan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, menurutnya, dia terpaksa menolak kerana memikirkan pelbagai faktor.

“Saya fikir mereka ini masih muda. Jadi, fikir habis-habis sebelum kahwin dengan Jaafar Onn. Bukan saya tak nak kahwin tapi tak mahulah anak-anak tiri tak boleh terima. Saya memikirkan banyak benda sebelum nak kahwin lagi.

“Tambah lagi wanita yang ada anak. Adakah dia mengharapkan saya bantu anaknya sekolah? Mungkin juga perempuan itu susah dan bergantung harapan pada saya?,” katanya.

Jaafar tidak mahu apabila dia terlantar sakit, perempuan itu enggan menjaganya.

“Masa sedang kuat memanglah ramai suka tapi kalau sakit? Apapun orang yang rasa diri itu boleh nak kahwin, kahwinlah.

“Saya masih lagi dapat berfikir selepas mengalami insiden bergaduh dengan isteri kerana cemburu. Saya tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawan pun tak boleh. Kemudian ahli keluarga sibuk masuk campur pula. Saya tak nak pisang berbuah dua kali,” katanya.

Jaafar Onn diugut bunuh

Jaafar berkata, keluarga mendesaknya supaya berkahwin agar ada isteri menjaga sakit peningnya nanti.

“Itu memang betul. Tapi fikiran kita kena matang fikir mengenai kahwin. Kalau ada jodoh Allah tetapkan maka

kahwinlah saya. Sekarang saya hanya fikir buat kerja kebajikan bantu orang. Sesiapa golongan susah yang nak makan minum boleh jumpa saya.

Yang nak sedekah atau menyumbang kepada anak yatim pun boleh buat menerusi saya,” katanya.

Jaafar Onn malu kahwin wanita 30-an

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*