Bainun Smp Menangis Di Mahkamah Gara2 Peguam Tarik Diri, Akhirnya Peguam Selebriti Dedah Punca Sebenar!

Baru-baru ini, kes melibatkan pengasas Rumah BondaSiti Bainun Ahd Razali telah mendapat perhatian ramai setelah 10 orang peguam pro bono yang mengendalikan kesnya telah menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.

Bainun menangis di mahkamah

Difahamkan, Siti Bainun telah menangis di kandang saksi dan hakim juga meminta agar dia mencari seorang sahaja peguam yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kes tersebut.

Tampil jelaskan hal sebenar

Susulan daripada itu, peguam-peguam Siti Bainun telah teruk dikecam netizen termasuklah peguam selebriti, Nur Hafidzah Hassan yang menarik diri saat akhir.

Namun begitu, menerusi Instagramnya, dia telah menjawab beberapa komen yang bertanya tentang mengapa dia ‘meninggalkan’ Siti Bainun bersama peguam-peguam yang lain.

Pertindihan tarikh punca tarik diri

Menurut Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.

Ujarnya, pertindihan tarikh menyebabkan mereka terpaksa menarik diri kerana beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal. Mereka juga sudah memaklumkan memang tidak berkelapangan pada Januari, Februari serta Mac dan telah memberitahunya sejak Disember lagi.

Hantar surat sejak Disember, bukan Isnin baru nak failkan

Tak ada pilihan, beberapa kes sudah ditetapkan dari awal

Kenyataan ringkas tapi padat yang dibuat oleh Hafidzah itu telah menjelaskan perihal pelbagai persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.

Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Ini pula komen netizen,

Biasa peguam yg tarik diri da bole agak kes dia akan kalah.. biasanya client akan cerita keadaan sebenar samada dia dera atau tak kpd peguam yg dia hire..

Alasan nk pjgkan lg tempoh perbicaraan je sbnrnya..klau ada peguam dh tentu sesuatu kes tu cpt sikit dpt diputuskan klau x hakim kena bg masa utk dia cari peguam lain sbg ganti.. berbalut tengkuk pn blh tunda inikan plk xde peguambela.

Macam tak logik semua tidak berkelapangan.

Sumber: Instagram hafidzahhassan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*