Anak Buat Hal, Azhar Sulaiman Murah Rezeki! Tawaran Berlakon Semakin Mencurah Gara-Gara Kontroversi Yang Sering Ditimbulkan Oleh Anak Gadisnya!

Pelakon Azhar Sulaiman berterima kasih kepada Kasih Iris Leona kerana membuatkan rezekinya semakin mencurah gara-gara kontroversi yang sering ditimbulkan oleh anak gadisnya itu.

Menerusi temu bual bersama stesen radio Buletin FM, Azhar, 51, berterima kasih kepada Leona kerana membuatkan namanya turut terpalit sekali gus tidak henti-henti menerima tawaran berlakon daripada penerbit dan juga pengarah.

“Sejak setahun ini saya tidak berhenti-henti berlakon. Saya rasa kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal (kontroversi), nama saya terpalit dan jadi ‘hot’. Rezeki,” ujarnya.

Kasih Iris Leona Dituduh Kacau Suami Orang, Azhar Sulaiman Mengamuk Minta Bukti! Netizen: - “Taktik Baru Scammer Ni..” | Gempak

Dalam nada berseloroh, Azhar yang berkerjaya sebagai arkitek menyifatkan rezekinya yang mencurah-curah dalam bidang lakonan adalah disebabkan populariti Leona sebagai seorang pempengaruh (influencer) yang sering menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang 92 itu mengakui sedikit sebanyak dia ada terasa hati dengan kecaman yang diterima daripada netizen tentang Leona apabila dianggap tidak pandai membesarkan anak-anak.

“Saya manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa istimewa. Semestinya saya terjejas (terasa hati) bila netizen menyentuh tentang keluarga saya.

“Contohnya sebab Leona suka berpakaian yang sentiasa menyebabkan orang naik darah tinggi (seksi). Ramai yang datang menghentam dan cakap benda yang boleh menyakitkan hati,” katanya.

Ujar Azhar, dia pernah menegur anaknya untuk berubah kerana perkara tersebut membuatkan dirinya sebagai seorang bapa turut terkesan, namun akur jika anaknya tidak mahu mendengar kata.

Azhar Sulaiman On His Daughter's Controversy: "It Could've Been Worse During My Younger Days" - Hype Malaysia

“Bila saya cakap dengan Leona, boleh tak awak berhenti buat semua ini (berpakaian seksi), dia senyap sahaja.

“Bila ditanya tak baca komen ke? Dia cakap tidak. Mungkin ini harga yang perlu saya bayar,” katanya.

Leona, 21, sering menjadi perhatian netizen apabila kerap dikecam kerana memuat naik foto dan video dengan penampilan mencolok mata.

Penampilan Leona sering dianggap keterlaluan sebagai seorang anak kepada selebriti dan juga wanita beragama Islam.

Azhar menerusi satu perkongsian dalam Instagramnya sebelum ini pernah menzahirkan rasa dilemma apabila mendakwa setiap ibu bapa pasti mempunyai masalah yang dicetuskan anak-anak termasuk dirinya.

Pelakon itu bagaimanapun reda dengan segala masalah yang ditimbulkan, sementelah sikap mereka tidak seteruk yang berlaku pada zaman mudanya dahulu.

Bahkan katanya, apa yang berlaku terhadap anak-anak adalah cerminan hidupnya ketika zaman bujang.

“Pada saya biarlah jadi begini daripada begitu. Jika saya renung semula zaman muda, lebih teruk daripada sekarang.

“Anak-anak adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa zaman bujang dulu. Saya reda dan harap dapat menguruskan keluarga dengan lebih baik,” ujarnya.

Azhar Sulaiman Tak Kisah Kalau Anak Hidup Bermadu, Tapi Ini Syarat Dia Letak!

PELAKON Azhar Sulaiman memberitahu nama anak perempuannya, Kasih Iris Leona sering menjadi bahan usikan netizen yang disebut bakal menjalani isteri kedua sekiranya mendirikan rumah tangga kelak.

Terbuka jika itu adalah ketentuan buat anak kesayangannya itu, Azhar, 52, bagaimanapun meletakkan syarat buat bakal menantu yang ingin memperisterikan Leona suatu hari nanti.

“Ramai yang mengatakan anak saya akan jadi isteri nombor dua atau tiga. Resmi saya senang, terima sesiapa sahaja asalkan ada ijazah dalam pelajaran.

“Pastikan hormat dan jaga maruah anak saya serta keluarga kalau calon itu sudah berkahwin,” katanya.

azhar sulaiman 1

Azhar bersama isteri dan anak-anaknya.

Azhar menyenaraikan perkara tersebut dalam satu perkongsian di laman Instgram miliknya pada Jumaat yang turut disertakan dengan gambar Leona.

Akur dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan, Azhar juga mahu bakal suami Leona itu nanti bijak menguruskan hal keluarga jika menjalani hidup berpoligami supaya kisah mereka tidak menjadi perhatian ramai.

Dah Penat Nasihat Kasih Iris Leona Tapi Makin Menjadi' – Azhar Sulaiman

Azhar bagaimanapun mendedahkan Leona sebenarnya lebih tertarik kepada lelaki berketurunan Cina apabila ada bertanya sama ada tidak meletakkan syarat lelaki yang boleh membimbing anaknya itu.

“Uruskan hubungan dengan baik dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur bahawa ajal dan jodoh itu ditangan Allah.

“Anak saya suka chinese boy. Rasanya dia yang penat nak bimbing kalau terjadi perkahwinan nanti,” katanya.

azhar sulaiman 2

Leona lebih tertarik kepada jejaka berbangsa Cina.

Sementara itu, menerusi ruang komen ramai dalam kalangan netizen yang setuju dengan sikap terbuka Azhar dalam soal memilih menantu.

“Insya Allah jodoh anak mami (panggilan Azhar) orang yang baik-baik, beragama, bertanggungjawab dan mampu dari segala segi. Semoga dipermudahkan untuk dia.

“Benda mudah buat apa nak gempar sana-sini. Benda baik kita sokong, benda tak elok kita bantah.

Biodata Kasih Iris Leona Anak Azhar Sulaiman - OH HIBURAN

“Kalau dah jodoh tak boleh nak nafikan. Janji dua-dua setuju dan diterima isteri pertama sebab hidup nak sama-sama bahagia. Tapi kalau boleh cari yang single, malam-malam dapat peluk dan tak perlu tunggu giliran,” komen netizen.

Sumber Mstar/Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*