Nabila Huda Pelik, Wanita Melayu ‘Terhegeh-Hegeh’ Dambakan Kulit Putih

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda meluahkan kehairanan apabila kebanyakan kaum wanita obses untuk memiliki warna kulit yang cerah berbanding sawo matang.

Menerusi ciapan dikongsikan di laman Twitter, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi berpendapat warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik dan unik.

“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obses nak berkulit putih?”ciapnya.

Ditegur seksi, Nabila Huda bersuara -"Hidup ni sekejap saja, so enjoy!"

Nabila yang juga anak kepada penyanyi terkenal, Amy Search berkata, setiap wanita berkulit sawo matang seharusnya berbangga kerana warna berkenaan sangatlah ‘seksi’ dan mempunyai daya tarikan sendiri.

“Korang sedar tak, kulit asli warna kita sebenarnya menggambarkan wanita Melayu tu cantik.
“Brown sugar is sexy you know. Saya sangat suka dan bangga dengan kulit saya,”luahnya.

Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen — MYKMU.NET

Bukan tak suka tapi pengaruh sekaliling dan ‘beauty standard’ Asia

Rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Nabila Huda atau mesra disapa Abil dengan mengatakan kulit asli setiap wanita Melayu adalah cantik.

Namun, semua itu terpaksa dilupakan apabila masih ada pihak meletakkan aras kecantikan seseorang wanita perlulah memiliki kulit cerah, barulah dikategorikan sebagai cantik.

No photo description available.

Malah, mereka turut berkongsi pengalaman pernah menjadi mangsa ejekan sewaktu di zaman persekolahan kerana memiliki kulit sawo matang.

Malaysian Beauty Standard. Sbb These People Put Beauty Standard Mcm Ni. Diskriminasi Terjadi. I Was Called Keropok Lekor Hangit Dari Kecik. My Own Mom Pon Tak Bagi Mkn Kicap Or Kopi Sbb Katanya Bg Kulit Hitam. Hahaha How Am I Going To Be Confident Then?

Pernah Dengar Black Dont Age. Orang Kulit Gelap Kebiasaanya Wajah Lambat Tua. Just Fokuskan Kulit Bersih Daripada Ubah Warna Kulit.

Act Stigma Masyarakat Yg Buat Perempuan Tu Nak Putih, Banyak Lelaki Downgrade Nak Awek Dia Putih Melepak Badan Meletop Tip Top, So Mcm Tu Lah, Nk Kuruslah Tanak Gemuk; Kalau Kurus Pun Tanak Hat Kering, Nak Hat Berisi Sikit, So Tanyalah Org Laki.

Dulu My Mom Always Shove Me W Whitening Products, Like Nurrain. Jd Putih Gila After A Week Pkai, Ofcoz Ad Mercury. Then I Stop N Breakout. After Years, Ive Became Darker Until I Realized That This Is My True Skin Color. It Made Me Unique N Ive Learned To Love It Since Then 😀

Sekadar info, Abil pernah menyatakan dia bangga dan bersyukur memiliki kulit yang sempurna, sawo matang kerana ia melambangkan ciri-ciri seorang wanita Melayu terakhir.

Malah, dia juga berbangga kerana tidak pernah mengambil sebarang pil pencerahan kulit meskipun bergelar seorang anak seni.

Sumber: Twitter @abilsuhaimi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*