
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial terutama di aplikasi TikTok memaparkan pengantin lelaki dilihat segan untuk menyarungkan cincin ke jari manis isterinya selepas selamat diijabkabulkan.
Mungkin situasi seperti itu di acara pernikahan sering ditularkan, ramai netizen memberikan kata-kata negatif kepada pengantin kononnya ‘terpaling halal’ sehingga perlu diajar oleh tetamu yang berada di situ.
Hampir tiga minit untuk sarung cincin
Bagaimanapun, seorang individu tampil menjelaskan sebab mengapa acara yang sepatutnya diraikan itu kelihatan seolah-olah serba tidak kena di mata segelintir netizen.
Seorang pengguna laman Twitter, @nabilfikran10 menerima Direct Message (DM) daripada individu itu yang mendakwa pasangan pengantin iaitu Aidil Ashraf dan Maisarah merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Wallahualam
Individu tersebut mendakwa, salah seorang rakannya berada dalam video berkenaan selain menjelaskan bahawa pengantin baharu itu adalah golongan istimewa.
“Salah seorang kawan saya ada dalam video tu. Memang betul pengantin perempuan OKU dan suaminya seperti kurang keupayaan macam tu.
“Tak tahu nak jelaskan dia macam mana. Tapi saya rasa sedih bila orang kecam kedua-duanya,” tulis individu terbabit.
Namun begitu, pemilik sebenar video di TikTok, @mashitahmashitah1 tidak membuat sebarang pengesahan berhubung dakwaan itu sebaliknya membiarkan sahaja netizen meninggalkan pelbagai andaian sendiri.
Antara komen lain yang diterima,
Untuk makluman dari berita sebelah , pasangan kedua pengantin adalah pasangan OKU. Jaga la adab semasa berkata2. Tak semua orang sama macam kita.
Salam semua..husnozon.. dpt brite tp belum sahih, pasangan OKU. Semoga Allah merahmati kita semua..Aamin..
Jangan sibuk nk mengata. Pasangan tu OKU. jangan kumpul dosa kering.
Cepat betul netizen malaysia ni mengjudge.. saya ada baca di twitter yang mereka berdua ini orang kelainan upaya( OKU). Tolong laa hentikan cyb3rbully.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) January 20, 2023
Sumber: TikTok @mashitahmashitah1, Twitter @nabilfikran10
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply