Anak Timb PM Zahid Hamidi, Nurul Zahid Beritahu Tak Pernah Cemburu Sejak Jadi Isteri Kedua. Sekali Zarina Zainuddin Komen

SEBAGAI seorang yang bergelar isteri kedua, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu dia sendiri mengambil masa belasan tahun untuk memahami perasaan madunya.

Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, berkata, tidak mudah hidup bermadu kerana masing-masing sentiasa berperang dengan perasaan sendiri.

“Penipulah tak ada rasa cemburu, sakit hati, makan hati semua ‘rempah’ ratus tu, kau kena lalui dulu. Gaduh-gaduh dulu ingat senang ke nak masuk dalam hidup orang? Kita ini orang asing buat mereka.

“Saya sendiri ambil masa berbelas tahun untuk faham isi hati dan cuba selami balik perasaan dia (madu),” katanya.

zz1 - 1

Zarina meninggalkan komen di Instagram Shahrulezad.

Zarina berkongsi perkara itu di ruang komen pengarah Shahrulezad Mohameddin yang memuat naik tentang kisah anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah di Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Hidayah mengakui sepanjang hidup bermadu dia tidak pernah mempunyai rasa cemburu terhadap isteri pertama suami, malah menganggap ia adalah satu rezeki.

Bercakap lanjut mengenai poligami, Zarina menasihatkan wanita diluar sana agar tidak memilih jalan itu kerana merasakan bergelar isteri kedua bukan satu perkara mudah.

Kata Zarina, wanita yang berkahwin degnan suami orang sering dipandang rendah oleh masyarakat dan mengakui pada mulanya dia juga melawan namun akur dan belajar untuk menyayangi madunya.

“Kalau boleh janganlah curi laki orang, kau pinjam ke, kau share ke… memang tak best. Yang seronok bila suami sakit, dua-dua berebut bergilir nak jaga.

zz2 - 1

Zarina bersama suaminya, Raihan.

“Saya belajar untuk sayangkan madu saya. Anggap dia macam kakak. Dia marah ke apa ke saya terima.

“Mula-mula saya melawan juga tapi bila saya tengok betul-betul nasib dia, saya jatuh sayang dan berjanji akan bahagiakan dia selagi ada nyawa saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan yang kini berusia 27 tahun.

Sumber : MSTAR ONLINE.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*