Julia Farhana Terus Terang Dengan Suami, Belum Sedia Pakai Tudung Lepas Kahwin

Pelakon, Julia Farhana Marin pastinya sedang diulit bahagia selepas mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada pertengahan Disember yang lalu.

Julia memaklumkan yang perkenalannya dengan bekas suami penyanyi, Lufya itu telah diaturkan oleh ibunya dan masing-masing menerima kemudiannya mendirikan rumah tangga.

Macam rakan baik

Walau bagaimanapun, Julia menjelaskan kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa dan suami tidak menghalang minatnya dalam bidang lakonan.

Memetik laporan dari Astro Gempak, pelakon berdarah Melayu-Itali itu menyifatkan hubungan mereka seperti rakan baik dan gembira apabila kemana sahaja ada teman yang menjaganya.

77 Julia farhana marin ideas | julia, marines, fashion

Alhamdulilah seronok kahwin. Saya happy sebab sekarang dah ada bestfriend yang boleh teman saya ke mana sahaja.
“Bangun pagi dia ada disisi dan balik kerja pun ada teman nak borak dan cerita. Dia seorang yang caring dan loving.

Bukan Sorok Atau Hipokrit” – Julia Farhana Jaga Aib, Tidak Kongsi Kehidupan Peribadi | Boom! Malaysia

Rasalah perbezaan itu sebab sebelum ni saya banyak buat apa pun seorang tetapi kini semua ditemani suami malah apa jua keputusan terutama dalam tawaran berlakon saya alan berbincang dengannya dahulu sebelum terima,” katanya.

Ajak dating pergi masjid

Ketika ditemui dalam Pelancaran Lagu Tema Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Stesen Udara Maritim Subang, pelakon tersebut menceritakan detik awal pertemuan mereka dan mula tertarik dengan Dr Che Hafiz kerana sudi membimbingnya menjadi seorang yang lebih baik.

Saya berterus terang dengan suami sebelum kahwin lagi yang saya belum bersedia untuk pakai tudung…belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna sebab saya minta masa kerana culture dan cara saya dibesarkan pun berbeza dengan keluarga dia.

Julia Farhana, Che Hafiz temu janji di masjid | Selebriti | Berita Harian

“Jadi dia sangat memahami kedudukan saya in terms of in Islamic practice dan dia tetap bimbing saya setiap hari.
“Kami dating pun mula-mula terkejut bila dia ajak saya ke Masjid Shah Alam waktu itu untuk solat jemaah.
“Yelah waktu tu terkejut tak pernah orang ajak dating pergi masjid. Ketika itu kami baru tiga minggu berkenalan,” kongsinya.

Untuk rekod, Julia Farhana telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada Disember lalu. Perkara itu diumumkan sendiri olehnya setelah pulang dari berbulan madu dan menyatakan telah dua minggu bernikah.

Julia Farhana kini isteri Dr. Che Hafiz - Kosmo Digital

Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 2016 sebelum berpisah pada 2020. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Laana Haura.

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*