“Pergi Cari Gambar Saya Berbikini, Ada Tak?” Rupanya Ini Sebab Nasha Cakap Macam Tu

PELAKON dan model Nasha Aziz mendedahkan pernah melarikan diri daripada sebuah uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa gara-gara perlu memakai bikini.

Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, dia melarikan diri kerana tidak sanggup tampil berbikini yang turut melanggar prinsipnya sebagai seorang model.

“Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular.

“Saya lihat semua model di situ memakai bikini kerana konsep diberikan adalah tepi pantai. Saya pun berlari keluar dari bilik uji bakat dan memberitahu tidak mahu menjadi model,” katanya kepada mStar.

nasha

Nasha percaya dengan bakat yang dikurniakan kepada dirinya.

Nasha berkongsi antara pengalaman 30 tahun sebagai model ketika menghadiri pertunjukan fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tak Sangka,Wajah Nasha Aziz Zaman Muda Dulu Memang Cun Dan Mengancam,Kini Berubah Kelihatan Agak Menakutkan,Pasti Buat Anda Semua Terkesima! – Sinar Viral Network

Pelakon ini turut dipilih menjadi muse kepada jenama Muslimah tersebut.

Bagaimanapun kata Nasha, pegangan kuat terhadap prinsip dan rezeki, dia tetap diberi peluang untuk beraksi tanpa perlu memakai pakaian mencolok mata pada ujia bakat itu.

Kata Nasha, pihak klien yang meneliti profilnya tetap berminat untuk mengambilnya sebagai model dan membenarkan dia memakai pakaian lebih sopan untuk menjalani sesi uji bakat.

“Ketika itu saya bernaung di bawah agensi milik Puan Seri Tiara Jacquelina dan dia memberitahu klien sudah melihat profil dan berminat untuk saya menyertai mereka.

“Mereka membenarkan saya memakai kemaja-T dan seluar serta memberi bola dan gelung untuk beraksi.

nasha1

Ketika beraksi di pertunjukan fesyen Muslimah Munawarren.

“Saya buat uji bakat itu dengan bersahaja dan Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya mendapat panggilan diterima membintangi iklan komersial tersebut,” imbaunya.

Sejak daripada itu, Nasha percaya dengan bakat dikurniakan kepada dirinya tanpa perlu melanggar prinsip yang dipegang sepanjang bergelar seorang model.

“Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.

“Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya,”

“Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Mulianya hati Nasha Aziz, umur sudah 49 tahun tapi sanggup membujang demi ibu – “Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?”

PELAKON Nasha Aziz reda sekiranya dia ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 49, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh.

“Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.

“Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.

Nasha mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap orang tuanya yang semakin uzur.

“Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya,” ujarnya kepada mStar.

Nasha memanggil ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu dan ibu kandungnya sebagai mummy.

Kata Nasha, keadaan ibunya yang sudah tua dan uzur memerlukan dia untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Mengakui pernah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun tidak kesampaian, Nasha tidak melatah kerana menganggap ia sebagai peluang untuk dia membalas jasa ibunya itu.

My dose of nasha Aziz pict.. Yes she's 51.. - 9GAG

Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya.

“Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.

“Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.

“Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami.

“Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?,” ujarnya lagi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*