
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkongsi berita sedih berhubung pemergian bayi di dalam kandungannya kepada umum.
Nurul Izzah yang juga anak sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut memuat naik gambar mereka bertiga berpelukan dengan keterangan kisah kehilangan bayi yang dikandung.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat.
“Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baharu, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang kemudian ke Putrajaya. Dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone,” katanya pada hantaran Instagram hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan syukur selain terfikir tentang wanita-wanita yang melalui episod serta pengalaman sama, walau jalur individunya berbeza.
“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Jadi kepada anda, hampir semua daripada kita mengalami kehilangan rasa, kita boleh menawarkan doa, pelukan maya dan ingatan bahawa kehidupan ini diteruskan.
“Keindahan kegembiraan dan kebahagiaan ini, mengintai setiap sudut sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou. Atau dalam pelukan papa dan mama, setiap saat itu dikira. Selamat pulang dalam setiap kehangatan yang anda alami,” luahnya.
Katanya lagi, proses penyembuhan merupakan suatu perjalanan dan sekiranya memerlukan sedikit masa untuk bernafas, jadi lakukan sahaja sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.
Sementara itu, perkongsian mantan Naib Presiden PKR berkenaan mengundang sebak pengikut laman sosial beliau itu, termasuk beberapa pemimpin politik yang turut mendoakannya kuat dan menjaga kesihatan dengan baik.
“Sedih saya mendengarnya. Terus kuat dan jaga diri anda sebaiknya,” kata Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.
“Saya sangat simpati dengan kehilangan anda (Nurul) Izzah,” tulis Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
“Sedih mendengar berita ini. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Doa saya untuk anda dan keluarga,” komen Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Allahuakbar. Innalillah. Takziah YB. Tiada kata boleh menjelaskan betapa simpati saya mendengar khabar ini. Semoga anda dan keluarga anda mendapat kekuatan serta ketenangan semula, aamin,” ujar @am4liena.
“Semoga Allah menggantikannya. Sedih di atas kehilangan anda,” tulis @bintu.salwa. – Getaran, 24 Januari 2023
Pada Ogos tahun lalu, Kosmo! melaporkan Nurul Izzah selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply