Janna Nick Didakwa Punca Fyna Dan Madu Berkelahi – “Lain Kali Tak Payah Sibuk Tanya Hal Orang!”- Netizen

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik satu hantaran di laman Instagram menitipkan pesanan kepada pihak produksi TV3 berhubung program realiti nyanyian Famili Duo.

Menurut laporan Cari Forum, pelakon berusia 51 tahun itu meminta agar perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan tidak diulas atau dijadikan sebagai bahan jenaka.

Ini kerana bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih bola sepak tersebut, Datin Zalina Zaini yang juga anak saudaranya.

Walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, rakan artis Datuk Fizz Fairuz berkongsi semula perkara itu di Instagram miliknya.

Berikutan itu, selebriti popular Janna Nick ada muncul di ruangan komen meminta gambar tangkap layar memaparkannya sebagai pengacara program berkenaan dipadam.

Malah, dia juga memohon maaf kerana tidak sensitif berhubung hal yang tidak diketahui atau dimaklumkan kepadanya lebih awal.

“Salam, tolong padam gambar saya sebab saya takde kena mengena dengan masalah keluarga ni. Maaf kerana tidak sensitif tentang perkara saya tidak tahu atau diberitahu lebih awal,” tulisnya.

 

Namun begitu, rata-rata netizen atau penonton sendiri membidas kenyataan Janna mendakwa dia yang memulakan isu tersebut dengan melontar soalan provokasi terhadap Fyna.

Puncanya awak la?

 

Jadi pengacara jangan cakap main lepas je

Bagaimanapun, segelintir individu menganggap soalan diajukan Janna tidak perlu diperbesarkan memandangkan perkahwinan Fyna dengan Zainal sudah diketahui umum.

Tak perlu salahkan pengacara.

 

Terdahulu, Fyna yang juga adik kepada penyanyi Ayda Jebat didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya di sebuah restoran mamak di Shah Alam, Selangor.

Sumber OMM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*