
Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin tampil memberikan teguran terhadap segelintir netizen yang masih mengutuk paras rupanya setelah melakukan pembedahan disebabkan masalah sinus.
Masih Baca Mesej Netizen Yang Mengutuk Wajahnya
Menurut Zarina menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia masih membaca mesej-mesej netizen yang mengata mengenai bentuk hidungnya itu.
“Saya masih lagi baca mesej-mesej yang mengata mengenai bentuk hidung saya. Tak cantik pun bentuk hidung saya ni pendek tak mancung pun,
saya kata operate sebab sinus dia pulak cakap itu ini. Wajah dah tak cantik dulu manis sekarang tak suka nak tengok.”-tulis Zarina
“Saya Bukan Budak-Budak Nak Gaduh Dengan Orang..”
Tambahnya lagi, disebabkan rasa sakit hati dia akui terpaksa sekat akaun para netizen yang mengutuknya dan menjelaskan bahawa dia bukan masih kanak-kanan untuk bergaduh dengan orang lain.
“Heii tak suka sudah, saya yang sakit ke awak yang rasa sakitnya. Saya terpaksa block mereka-mereka yang saya rasa tak perlu tengok saya.
Saya jadi sakit hati. Saya bukan budak-budak nak gaduh-gaduh dengan orang. Saya pun sibuk. Lebih baik saya jaga keluarga saya.
Bedah hidung sebab sinus dan migrain, bukan sebab lain
Pelakon, Zarina Zainuddin menyekat individu di media sosial yang memberikan komen negatif mengenai bentuk hidungnya.
Zarina berkata, dia terkesan dengan kata-kata cacian yang dilemparkan segelintir netizen mengenai bentuk hidungnya selepas menjalani pembedahan kerana masalah sinus dan migrain teruk.
“Saya masih lagi membaca mesej yang mengata mengenai bentuk hidung saya . Ada yang kata tidak cantik pun bentuk hidung saya ini. Tak mancung dan sebagainya.
“Menerusi perkongsian sebelum ini saya sudah menjelaskan saya menjalani pembedahan kerana masalah sinus dan migrain teruk, mereka yang cakap itu dan ini.
Advertisement
“Mereka kata wajah saya sudah tidak secantik dulu dan tak suka hendak tengok. Kalau rasa sudah tidak suka sudah! Saya yang sakit awak ke yang rasa sakitnya?
“Saya terpaksa sekat mereka yang saya rasa tak perlu tengok saya kerana membuatkan saya sakit hati. Saya bukan budak-budak hendak bergaduh dengan orang. Lebih baik saya jaga keluarga saya,” katanya.
Disebabkan bentuk hidungnya kelihatan berbeza, pengikut di Instagram tertanya-tanya dan meninggalkan pelbagai komen ‘menuduh’ ibu kepada empat anak itu membuat pembedahan membetulkan hidung.
Katanya, dia meminta mereka yang tidak tahu masalah dan keadaan sebenar dihadapinya supaya tidak memberi komen sesuka hati.
Perubahan hidung pelakon drama Teduhan Kasih itu mula menjadi perhatian ketika Zarina mempromosikan festival makanan di Singapura, awal Januari lalu.
Terdahulu, Zarina memuat naik video memaklumkan sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya itu.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) January 25, 2023
Sumber BN/Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply