Jadi Jutawan Segera, Ramai Kata Dia Akan Kikis Duit Aku Sampai Aku Tinggal Spender

Mungkin ramai masih ingat sebelum ini isteri penyanyi Mawi iaitu Ekin pernah dilabel sebagai ‘kaki kikis’ kerana mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, namun lain pula jadinya selepas 12 tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 39, isterinya itu bukan suka meminta-minta sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga.

” Sumpah tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun gais. Cuma nak hargai pengorbanan dia. Dah terlalu banyak dia berkorban untuk aku. Dia tak pernah pun nak paksa aku atau minta duit setiap bulan.

” Malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah… semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati tuhan,” kata Mawi.

Mawi memuji isterinya itu menerusi posting di Instagram ketika berkongsi video kejutan sempena sambutan Hari Bapa pada Ahad.

Mawi kongsi rakaman isteri beri kejutan buatnya.

Berdasarkan video itu, Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera jenama Canon lengkap dengan aksesori.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan terharu melihat kebahagian pasangan itu yang boleh dijadikan inspirasi untuk suami isteri yang lain.

“Orang ingat dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaiknya..”

Dalam pada itu penyampai radio Zayan FM ini secara berseloroh menyingkap kembali keperitan yang terpaksa dihadapi Ekin ketika mereka mula berkahwin.

Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata.

” Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai aku tinggal spender. Tapi berlaku sebaiknya… aku yang kikis duit dia. Terima kasih sayang,” ujarnya.

Sebelum ini, Ekin mendedahkan dia pernah diftnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh netizen selepas mengahwini Mawi yang pernah menerima jolokan ‘jutawan segera’.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun.

Komen Mawi dan Along Cham mencuit hati

Perkongsian Mawi itu turut mendapat reaksi pengikut beliau yang tersentuh hati malah gembira melihat kebahagiaan rumahtangga pasangan itu.

” Nak nanges plak…. cuba bayangkan mana ada isteri yang sanggup biar suami susah… memang itu lumrah insan bernama isteri… sanggup berkorban ape saje utk suami.” tulis Sam

” Selamat Hari Ayah Mawi Semoga panjang umurnya sehat selalu dan dilempahi rezeki yang banyak dari ALLAH SWT Aamiin Jazakallah..” komen Izhar

Menerusi ruangan komen, Mawi turut dilihat berbalas komen dengan pelawak Along Cham yang mencuit hati.

Along Cham : ” Kikis tinggal spender..takkan tak kelako siak”

Mawi : ” Orang tak tahu Long spender pun dia yang belikan aku”

Sumber: Asiakini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*