
Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menyatakan tidak kisah sekiranya suaminya, Farhan Norzaini memiliki perasaan pada wanita lain dan mempunyai niat mahu menambah isteri.
Tetapi, suaminya haruslah memenuhi beberapa syarat sebelum mengizinkan Farhan untuk berkahwin seorang lagi.
Suami kena jujur dan adil
Ujar Zulin, amat mudah sekiranya suaminya mahu berkahwin dengan orang lain asalkan bersikap jujur kepadanya dan mempunyai alasan kukuh sebelum mereka berkahwin.
Tambah aktres berumur 34 tahun, dia sering berpesan kepada suaminya untuk mengambil pengajaran dengan nasib selebriti lain.
“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’.
“Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal. Tapi kena ada sebab dan asbab,”ujarnya.
Zulin sendiri pinangkan untuk suami
Zulin berkata, sekiranya suaminya mempunyai alasan kukuh, maka dia sendiri akan pergi meminang wanita berkenaan sebagai madunya.
“Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua tiga empat.
“Ada yang satu ni, kukuhkan dahulu. Nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok, sesuai jadi maid je!
Jangan sia-siakan isteri
Dalam pada itu, Zulin menitipkan pesanan buat para suami di luar sana agar tidak mensia-siakan isteri kerana itu adalah satu amanah dari Sang Pencipta.
“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya.
“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” tambahnya.
Sekadar info, Zulin dan Farhan berkahwin pada 20 Februari 2021 dan aktres berusia 33 tahun itu pernah mendedahkan dirinya mengalami keguguran pada tahun lalu.
Sumber: Astro Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply