
GARA-GARA penampilan fizikal dilihat kurus, ramai yang meminta anak kepada Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora membuat pemeriksaan kesihatan.
Menurut Leia, 23, bapanya sudah membawanya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan mendapati dirinya sihat serta tiada sebarang masalah kesihatan.
“Saya sudah pun dapat keputusan kesihatan. Doktor beritahu kelenjar limfa saya agak besar.
Leia berkongsi keputusan pemeriksaan daripada hospital.
“Selain daripada itu, saya tiada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan dia sempat bertanya sama ada saya makan atau tidak,” katanya.
Leia berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Leia turut menafikan dakwaan netizen yang sebelum ini membuat andaian dia mempunyai pelbagai masalah kesihatan termasuklah mengalami anoreksia.
Kata Leia, fizikalnya yang kurus mungkin disebabkan faktor genetik dan bukannya kerana berpenyakit.
“Semua orang tanya ada anoreksia, leukimia, hypertension, hipertiroid ke? Guys, jawapannya adalah tak.
“Satu-satunya perkara yang saya boleh jelaskan ialah ia hanya kerana genetik. Jadi, kalau masih ada soalan macam ni, sila tanya ayah saya,” ujarnya.
Leia hanya kurus disebabkan faktor genetik.
Sementara itu, Leia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat terhadap tahap kesihatannya.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang komen dekat TikTok saya sama ada yang benar-benar ambil berat atau beri komen yang tidak baik.
“Sebenarnya saya dah lama nak buat pemeriksaan sejak tahun lalu lagi tetapi disebabkan jadual yang sibuk di universiti, saya terpaksa menundanya,” katanya.
Sebelum ini, Leia dikatakan pitam selepas menerima rawatan di PPUM dan keadaannya itu merisaukan Azhar yang bimbang sekiranya anaknya itu menghidap penyakit hipertiroid.
“Ni Sebijik Muka Daddy”
Jika sebelum ini anak Azhar Sulaiman dikenali dengan nama Leona sering menjadi tumpuan ramai, kali ini muat naik video oleh pelakon ini memaparkan anak gadisnya yang lain membuatkan ada yang tak sangka.
Anak gadis Azhar Sulaiman ini adalah Kasih Leia Ixora dan dalam rakaman tersebut dipaparkan pelakon lelaki itu bertanyakan kepada anaknya itu. Gadis berkenaan memakai pakaian serba putih dan duduk di sofa.
Kedengaran suara Azhar Sulaiman yang bertanyakan kepada Leia dia mahu ke mana berpakaian sebegitu. Jawapan selamba anak gadis Azhar Sulaiman ini adalah hanya untuk melepak di rumah kawannya.
Difahamkan Leia adalah vokalis bagi sebuah kumpulan Indie dengan nama Senja. Di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang membezakan Leia dan juga Leona. Berikut antaranya:
“Ni anak sulung dorang. Memang jarang nampak kat media”
“Adoi penatnya jadi Azhar Sulaiman. But I think he is a very good father”
“Ni sebijik muka daddy, Leona amek mummy face.. Sama adik ooo.Yang penting semua anak2 Azhar Sulaiman bijak2, baik2, InsyaAllah berjaya dunia akhirat”
“Leona muka ikut mak nya..Yang ni muka ikut Azhar Sulaiman”
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply