
Sudah pasti ada yang merindui nyanyian Farah AF2 atau nama sebenarnya, Farah Diana Anuar yang lebih 15 tahun sepi dari sebarang naskhah baru dalam karier nyanyian.
Lebih menonjol sebagai hos ketika ini, bintang yang terkenal dengan lagu Antara Dua itu sempat berkongsi soal perkembangan terkininya kepada MH.
Farah menjelaskan, dia kini telah banyak meluangkan masa bersama keluarga selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
“Alhamdulillah dikurniakan dua puteri selepas berumah tangga sejak tahun 2011. So saya sibuk membesarkan anak-anak.
“Soal kerjaya, saya masih lagi menjalani kerja-kerja di studio sebagai pengacara. Terbaru, saya baru habis rakaman 13 episod untuk siaran RTM dan masih lsgi bersama stesen Al-Hijrah mengendalikan program live Assalamualaikum,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Farah juga kini terpilih sebagai hos yang disenarai pendek menerusi Pencarian Hos Program Mingguan Wanita musim terbaru.
“Ya, saya turut terpilih sebagai finalis Top 9 Mingguan Wanita yang bakal diumukan pada 28 Mac depan. Doakan agar semuanya dipermudahkan, ”kata Farah kepada MH.
Disamping itu, penyanyi kelahiran dari Kuala Lumpur itu turut mengakui dia merindui momen menyanyi dan kini sedang berusaha untuk melancarkan single baru.
“Saya ada dapat satu demo daripada Akim. InsyaAllah saya sedang proses ke arah itu untuk keluarkan single baru.
“Saya nak kembali, rindu bila tengok kawan-kawan ada single baru, masuk studio dan sebagainya. Malah, Konsert Reunion AF2 Ogos depan boleh ubat kerinduan menyanyi juga,” terangnya lagi.
Antara info Farah AF,
Farah Diana Anuar (lahir 25 Januari 1985) atau lebih dikenali dengan gelaran Farah AF2 atau Farah Breep Breep, ialah seorang penyanyi dan pengacara wanita Malaysia. Beliau mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 Akademi Fantasia. Sebelum menyertai rancangan realiti TV Akademi Fantasia, beliau telah menyertai rancangan Suara Jati Malaysia pada tahun 2003 dan telah memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Farah memiliki tiga orang anak perempuan yang bernama Elsa Johan yang dilahirkan pada 15 Ogos 2012 dan Mya Johan yang dilahirkan pada 13 September 2015 & Ara Johan yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Johan Johari. Mereka berkahwin pada 15 Julai 2011.
Suami beliau merupakan seorang usahawan di Pulau Pinang merupakan anak seorang guru (Bersara) iaitu Puan Salma Sulaiman. Farah kini menetap di Pulau Pinang bersama keluarga mertua dan berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap minggu kerana beliau aktif dalam bidang pengacaraan untuk rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah.
Latar Belakang Keluarga : Farah dilahirkan di Kuala Lumpur dan menetap di Putarajaya sebelum berpindah ke Pulau Pinang setelah mendirikan rumahtangga. Keluarganya berasal dari negeri Kedah (Sungai Petani sebelah Ayah dan Guar Cemphedak di sebelah Ibu. Ayahnya Anuar Ali merupakan bekas Pengawal Keselamatan di Syarikat Media Prima (TV3) dan Ibunya Puan Farizah Abd Majid merupkan kakitangan Perkhidmatan Awam (Bersara). Beliau merupakan anak ketiga dalam 6 orang adik beradik. Beliau menpunyai seorang kakak iaitu Intan Norafniza Anuar, seorang abang Ashman Asyrul Anuar, 2 orang adik perempuan iaitu Najwa Anuar, Aimi Syahirah Anuar dan seorang adik lelaki iaitu Aizuddin Anuar (Dikenali sebagai Deeno).
Pendidikan : Farah mendapat mendidikan di SMK Convent Bukit Nenas di kuala Lumpur kemudian berjaya menyambung Pelajaran ke peringkat Diploma dalam Muzik (Diploma in Music) di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun beliau menanguhkan pengajian beliau selepas mendapat tawaran untuk menyertai Program Akademi Fantasia Musim ke 2.
Biodata & Kerjaya: Hobi beliau ialah Menyanyi, membaca majalah dan beriadah. Makanan /minuman kegemaran beliau ialah Masakan ibu/ jus oren, jus mangga panas. Beliau sangat meminati penyanyi Ziana Zain dan juga pelakon iaitu Rosyam Nor dan Erra Fazira. Beliau memulakan profesion selepas tamat Akademi Fantasia sebagai Penyanyi, Pengacara dan Jurucakap Produk seperti Power Roots, Intimate, Syahirah, Forever Living.
Pengacaraan : Farah pernah mengacarakan beberapa rancangan terbitan Astro seperti Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Ku Mohon (Astro Ria), Rasa Halal Orient di Astro Oasis Musim 1 hingga 5 (Astro Oasis), di RTM sebagai pengacara Generasi Asli 1Malaysia, Di TV9 sebagai Pengacara bual pagi Nasi Lemak Kopi O dan kini di TV AlHijrah sebagai pengacara rancangan bual pagi “Assalamualaikum”. Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara jemputan di Karpet Merah Konsert 3 Diva dan pengacara rancangan agama Pendakwah Muslimah terbitan TV AlHijrah.
Sumebr Media Hiburan/WIKI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply