Netizen Tegur Suami Fatin Afeefa Jangan Jadi Budak Budak Kacau Adam Shaz. Sekali Ini Respond Berani Suami Fatin

KES perebutan hak penjagaan anak diantara pelakon Adam Shahz bersama bekas isteri iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi perhatian ramai.

Ia ekoran Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dikatakan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun Adam dan Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Disebabkan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Namun tindakan suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang turut menarik perhatian netizen apabila berkongsi satu petikan pendek yang terletak di perkarangan mahkamah itu.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Aliff membaca petikan berkenaan namun kamera telefonnya memfokuskan ke arah Adam yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya di tempat menunggu.

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=Qnz7GmX5YY0

Aliff berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya pada Khamis.

Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian Aliff memerli bekas suami isterinya itu dan tidak kurang ada menganggap tindakannya itu bersikap kebudak-budakkan.

“Over! Macam budak-budak.

“Berani dia gula-gulakan member depan mata. Bang kuat sikit cakap dia tak dengar itu.

“Bang jangan jujur sangat, tak terbayang kalau dia tengok video ini. Tak takut ke?

“Padu! suami macam ini bagus. Bukan sorok belakang bini terang-terang dia perli,” antara komen netizen.

Dalam pada itu, Aliff turut membalas beberapa komen dari pengikutnya yang menunjukkan dia tidak gentar dengan tindakannya itu.

“Aku tak takut dengan mamat ini? Apa dia nak buat? Okay lah, hiburan. Dia boleh… takkan kita tak boleh,” ujarnya.

Untuk rekod, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29 dan Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkahwin pada 21 Disember 2013 namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun.

Pada 30 Disember tahun lalu, Fatin berkahwin dengan Aliff dalam sebuah majlis tertutup.

VIDEO:

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*