
Gara-gara komen pedas Mas Idayu dalam program Famili Duo, video seorang lelaki yang bertindak ‘sound‘ penyanyi dangdut itu sewaktu sesi uji bakat Mentor Legend 2014 kembali tular di media sosial.
Menurut laporan mStar Online, lelaki tersebut Muhammad Erdy Sofian tidak menyangka rakaman berkenaan kembali mendapat perhatian sehingga ramai memuji tindakan beraninya.
Mengulas kontroversi Mas Idayu yang mengkritik persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program tersebut, lelaki berusia 31 tahun itu berkata, seseorang juri perlu menegur dengan cara yang sesuai.
“Saya tak tuju mana-mana pihak… sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat.
“Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah supaya tak ikut hasutan syaitan,” katanya.
Bercerita lanjut, penjual kereta itu mengakui trauma bagi menyertai mana-mana uji bakat nyanyian namun tidak menyimpan rasa benci terhadap penyanyi dangdut tersebut.
Temu bual eksklusif bersama mStar Online
“Uji bakat di kenduri kahwin adalah, tak jadi penyanyi pun takpe. Alhamdulillah dengan rezeki (kerja) sekarang. Nyanyian sekadar suka-suka sahaja.
“Kalau berjumpa dengan Mas Idayu, takkan nak buat muka. Sekurang-kurangnya melemparkan senyuman. Apa yang jadi, biarkan berlalu. Kita move on,” ujarnya.
Sementara itu, Sofian ada memuat naik sebuah video memaparkan bakatnya yang menyanyikan lagu Aris Ariwatan yang berjudul Lamunan Terhenti di tempat kerja sehingga 30,000 tontonan setakat ini
Antara komen netizen,
Lps Kena Tegur Dgn Mummy Terus Jd Sedap Suara Dia, Sebelum Tu Ntah Mcm Mne Suara Dia Sbb Tkde Video, So Tak Adil La Klu Nak Slhkn Mummy
Ma’s idayu terikut2 mcm juri Indonesia. Berleter pjg2 ps tu tunjuk ajar selepas perserta buat persembahan…. Sb tk ada tenaga pengajar
Nama Abg Ni Sofian…Laki Mas Idayu Pon Skang Ni Sufian…Mas Idayu Mmg Tewas Dgn Laki Nama Sufian.
Jangan sampai mami mas Idayu baling kasut tumit tinggi dia nanti tauuu
‘Belanja’ suara sikit
https://twitter.com/RedsJakes/status/1618919858816839680?t=vQqd3y154x8MKBjFkECJzA&s=19
Terdahulu, kritikan pedas Mas Idayu membuatkan Sissy menangis sebelum mengambil keputusan bagi membatalkan majlis pelancaran album sulungnya yang dijadualkan pada 2 Februari ini.
Difahamkan, dia juga bertindak mengurungkan diri dalam bilik dan masih belum mempunyai idea bagi melakukan persembahan di pentas Famili Duo pada Ahad ini.
Sumber: mStar Online (Amin Hazlan) , TikTok @sofianutamamotors
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply