
Baru-baru ini, pelakon Syatilla Melvin ada memuat naik video dirinya bersama suami, Shaheizy Sam di Instagram sedang solat berjemaah.
Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menerima kritikan di media sosial gara-gara berkongsi video yang memaparkan pelakon ini ‘terjah’ suaminya yang juga pelakon, Shaheizy Sam setelah selesai menunaikan solat.
Bagaimanapun, video terbabit menerima kritikan daripada netizen kerana tindakan Syatilla atau mesra dipanggil sebagai Tilla ‘menerjah’ Sam selepas selesai solat.
Jika dilihat dalam video berkenaan, pelakon wanita tersebut secara tiba-tiba bergerak ke arah suaminya seolah-olah ingin menghidu sesuatu pada leher.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dapat dilihat Syatilla secara tiba-tiba bergerak ke arah Sam yang menjadi imam, seolah-olah menghidu sesuatu pada leher suaminya.
“Yang makmummmm tu punnnnn..
Dia punyaa bauu tuu bedesuppp sampai dalam hatii ?? .”-Tulis Syatilla
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat tindakan pasangan tersebut dan ada juga mendakwa mereka seperti mempermainkan solat.
“Solat Pun Buat Content Ke?”
“Nak buat konten pun tak payah la dengan benda-benda sensitif macam ni. Macam memainkan solat pulak.”
“Dah takde idea nak buat konten ke apa.”
“Apa yang disampaikan ni sebenarnya?.”
“Maaf bang nak bagitau sikit. Kalau solat tu betul masa rakam, takpe..Kalau solat cuma berlakon haram hukumnya.”
“Should not use this kind of content which is solat as your marketing. Hormatilah tentang apa sahaja mengenai solat. Wallahualam..”
“Elok padam je kot. Tak nampak kelakar untuk konten.”
Barangkali sedar tindakannya itu telah mengundang kritikan orang ramai, selebriti terbabit mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen.
Terdahulu, Syatilla Melvin pernah mendapat kecaman netizen berikutan memuatnaik video transformasi kulit gelap bertukar menjadi cerah. Video berkenaan turut mendapat respon dari seorang penulis yang juga seorang produser video berbangsa India, Nandini Balakrishnan menyifatkan tindakan Syatilla sebagai kurang bijak.
Sekadar info, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2016 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) January 27, 2023
Sumber Murai/BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply