Menutup Aurat Tak Semestinya Dijanjikan Syurga – Intan Najuwa

Baru-baru ini, pelakon terkenal, Intan Najuwa berdepan dengan kritkan warganet susulan berkongsi beberapa foto menampakkan bahagian perut sewaktu bercuti di Dubai.

Apa yang menjadi pertikaian ramai adalah penampilan Intan atau nama aslinya Intan Najuwa Abd. Wahid tetap keterlaluan selepas pulang dari mengerjakan umrah.

Intan Najuwa lali kecaman

Susulan itu, aktres berusia 27 tahun itu meminta orang ramai agar tidak membuta tuli menghakimi dirinya berdasarkan penampilannya yang dikatakan ‘seksi‘.

Dalam pada itu, Intan mengakui dirinya sudah lali dengan kecaman netizen yang diterimanya sejak bergelar anak seni.

Jangan mudah hakimi seseorang..

Menerusi kenyataan dikongsikan di laman Insta Story miliknya, Intan mengatakan bahawa menutup aurat tidak semestinya dijanjikan syurga dan orang luar tidak boleh sewenang-wenangnya menghakimi dirinya.

“Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tidak tahu akan kehidupan sebenar mereka.
“Jangan membuat andaian seseorang dijanjikan syurga berdasarkan penampilan luaran mereka (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).
“Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah,”kongsinya.

Katanya lagi, dia lebih tahu mengenai diri sendiri berbanding orang di luar sana yang mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan.

Patutnya doakan seseorang berubah ke arah kebaikan

Tambah anak kelahiran Johor Bharu itu, orang ramai sepatutnya mendoakan seseorang agar terus berubah dan menjadi orang yang lebih baik, bukannya menghakimi.

“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.
“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.
“Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah,”kongsinya lagi.

Sekadar info, Intan menunaikan umrah buat kali kedua pada awal Januari 2023 sehingga menerima pujian ramai. Malah, rata-rata netizen turut mendoakannya berubah menjadi muslimah yang lebih baik selepas pulang dari Tanah Suci Mekah.

Ramai di kalangan nurtizen mempersoalkan cara pemakaiannya memandangkan Intan baru sahaja selesai daripada mengerjakan ibadah umrah. Mereka mengatakan, Intan seharusnya berpakaian lebih sopan tanpa mendedahkan ‘sedikit’ bahagian perutnya di media sosial.

Ingatkan tali pinggang tadi…

Selain itu, ada juga nurtizen cuba bersangka baik dengan mengatakan aktres kelahiran Johor Bharu tu memakai pakaian berwarna kulit selain mengenakan tali pinggang.

Terdahulu, Intan meluahkan rasa syukur apabila dia dan sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sebagai permulaan yang baik bagi memulakan tahun 2023.

Sumber OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*