Lama Ramlah Ram Tak Keluar TV, Dia Ceritakan Keadaannya Sekarang. ‘Bukit Ditarah Lama2 Licin Juga’

Bukit kalau ditarah lama-lama licin juga.

Demikian luahan penyanyi popular era 1980-an, Ramlah Ram yang berkongsi keadaan terkini beliau setelah hampir setahun tidak menyanyi di persembahan pentas

Penyanyi popular era 1980-an itu juga mengakui dia kini menampung kehidupannya dengan wang simpanan serta berniaga kecil-kecilan.

RAMLAH RAM, PENYANYI BERPROFIL TINGGI DARI MALAYSIA

Ramlah yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya ke-56, pada Jumaat lalu berkata dia bersyukur berkat sikap yang suka berjimat-cermat dalam berbelanja selama ini dan gemar menabung, sangat membantunya pada situasi sekarang.

” Selain berbekalkan wang simpanan yang ada, saya juga dapat rezeki dipilih sebagai duta produk serta menjalankan perniagaan menjual minyak wangi yang sudah diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

Hampir 10 tahun menjanda, pintu hati Ramlah Ram belum terbuka untuk mana-mana lelaki - Hiburan | mStar

” Kiranya dapatlah menampung kehidupan sepanjang situasi pand.emik ini. Bagi saya, nak bergantung pada wang simpanan sepenuhnya tak boleh juga.

” Ibarat bukit kalau ditarah, lama-lama licin juga. Jadi, saya tetap kena usaha cabang rezeki yang lain.

” Apapun, penting untuk kita sentiasa beringat dan berhemah dalam perbelanjaan kerika ada wang lebih.

” Saya pun mujurlah sudah melatih diri membeli apa yang diperlu sahaja dan utamakan simpanan sejak dahulu lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Patutlah Saban Tahun Tiada Ramlah Ram Dalam GV; "Saya Belum Bersedia Lagi." - Media Hiburan

Ramlah yang sudah 36 tahun membabitkan diri dalam kerjaya seni turut mengimbau perjalanannya sebagai penyanyi yang dianggap sangat berharga dan tidak ternilai.

” Bila difikir-fikirkan semula, selama lebih tiga dekad ini, saya sudah melalui perjalanan panjang.

” Saya pernah ada pengalaman hasilkan piring hitam, kemudian buat kaset, diikuti cakera padat (CD) dan kini lagu-lagu hanya distrim sahaja kerana kemudahan teknologi.

” Melihat perkembangan ini, ia sangat pantas dan saya bersyukur dapat melihat serta merasai semua era ini yang boleh dikata, sekarang orang dah boleh ada saluran TV sendiri di platform digital,” katanya.

Menurut Ramlah, apa pun dia sangat merindui suasana membuat persembahan di hadapan penonton.

Katanya semoga pand.emik COVlD-19 ini segera berakhir dan kita semua jalani kehidupan norma baharu dengan selamat.

Sepanjang pembabitan dalam dunia seni suara, Ramlah pernah popular dengan lagu seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Selamat Jalan Romeo, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi dan banyak lagi.

Duit simpanan masih ada - Ramlah Ram - Utusan Malaysia

Beliau juga merupakan bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985.

Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu ‘Rindu’ yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu.

Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu ‘F Sharp’ adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu.

Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album ‘Ramlah Ram’ dan ‘Sekeping Cinta Sehampar Janji’.

Sumber AS

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*