Ajai Tewas Buat Pertama Kali, Nyanyian Pemuda Ini Membuatkan Ajai Sampai Bergenang Air Mata!

“Terkenang Siti Sarah” Buat Pertama Kali Lihat Ajai Bergenang Air Mata

Ajai atau nama sebenarnya Muhammad Faizal bin Maas merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup terkenal di Malaysia. Ajai juga merupakan satu daripada juri yang ada di dalam rancangan ‘All Together’.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik ramlanbinhassanra menunjukkan Ajai yang sedang memberikan komennya kepada seorang peserta yang memberikan persembahan dengan menyanyikan lagu yang bertajuk Kesetiaan milik Arwah Siti Sarah.

 

Klip video tersebut menunjukkan Ajai yang berair air matanya kerana mengenangkan arwah Siti Sarah. Ajai juga mengatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar lelaki yang menyanyikan lagu tersebut.

Respon yang diberikan oleh Ajai tersebut telah mendapat sambutan hangat.

 

Rata-rata netizen mengatakan semua orang yang mendengar lagu tersebut akan mengalirkan air mata.

Ramai juga yang mengatakan bahawa mereka masih merasa seperti arwah Siti Sarah masih ada.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah lihat Ajai menitiskan air matanya dan ini merupakan pertama kali beliau menangis di depan ramai.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 200K tontonan, 10K sukaan dan 200 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah sekali,

Lihat apa kata orang ramai:

@elliskandar1: smua org auto sedih n mnitik air mta bla dgr lgu arwh

@riri: mcm mana tk terkenang bila lagu arwah berkumandang terasa dia masih ada..mcm tk Caya dia dah tk ada

@Fidah77: Org yg baik,pasti akn d tangisi pemergiannya,wlaupun suda 1 tahun berlalu,tapi terasa seolah2 dia ada

@Sue Yaya: Saya pun Bila dengar lagu arwah Siri Sarah pasti mengalir airmata…Al Fatihah utk arwah

@_CikPuanLina_CPL: Arwah sentiasa di INGATI… Pemergian arwah sgt terkesan. Alfatihah

@Shima86: tiber aku teringat arwah,ya Allah dari hati menitis air mata aku dgr adik NIE nyanyi.. Alfatihah buat arwah Siti sarah

@user9465659781582: tak prnh nmpk Ajai menangis, mkna nya lagu nie mmg sedap sgt,lagu nie mmg sesuai dgn arwah siti sarah.

 

Program nyanyian popular, All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) kembali temui penonton mulai 11 Disember tahun lepas dengan 50 barisan juri baharu dan lama.

Berdasarkan format asal All Together Now terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.

Menariknya, Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.

Dengan bahang Gegar Vaganza 9 yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ANTMY 2 bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi.

Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita yang membawa keunikan kepada adaptasi Malaysia berbanding dengan adaptasi negara-negara lain.

Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ‘ATNMY 2’. Kehadirannya pasti meriuhkan lagi suasana musim terbaharu ini kelak.

Video,

Sumber: Tiktok, Wiki, Rose Biru

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*