
Sophia AlBarakbah & Aliff Aziz profesional, bercinta dalam watak sahaja – Pengarah
Pengarah Osman Ali memaklumkan, dia tidak mengetahui sekiranya wujud hubungan antara Sophia AlBarakbah dan Aliff Aziz dalam menjayakan drama arahannya, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Menurut laporan Kosmo! Online, Osman berkata kedua-duanya hanya melakonkan watak secara profesional sebagai pasangan kekasih.
“Saya tidak mahu campur urusan peribadi mereka. Tapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.
“Apa yang saya lihat, baik Sophia mahupun Aliff, mereka bekerja secara profesional ketika berada di set penggambaran,” katanya.
Osman berkata, dia mengetahui tentang pendedahan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah berhubung seorang aktres yang ‘tersuka’ aktor tersebut tetapi tidak mahu membuat sebarang tuduhan.
“Saya tidak tahu pelakon yang Bella maksudkan itu siapa. Saya tidak mahu menuduh sembarangan, takut jadi fitnah nanti,” ujarnya.
Bercerita lanjut, pengarah filem Ombak Rindu itu menjelaskan, kemesraan antara Sophia dan Aliff hanya atas dasar kerja demi membawa watak masing-masing.
“Saya tidak nampak ada masalah antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon sahaja dan perlu menyukai sesama sendiri.
“Kalau berlakon bercinta, kena betul-betul bercinta. Tapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sehingga keluar set penggambaran. Hanya dalam watak sahaja,” kongsinya.
Disebabkan perkara itu, Osman berasa agak hairan dengan tuduhan dihadapi Sophia selain menolak dakwaan bahawa kontroversi berkenaan adalah untuk publisiti drama.
Terdahulu, Bella mendakwa aktres tersebut pernah membuat panggilan telefon kepada suaminya sehingga berkali-berkali sekali gus boleh mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
Selepas pendedahan terbabit, netizen mula mengesyaki Sophia memandangkan dia dan Aliff bergandingan bersama dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi), Instagram peminat Sophia AlBarakbah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply