
Bijak & Berdarah Kacukan, Ini Dia Fakta Menarik Tentang Pelakon Jelita SOPHIA ALBARAKBAH –
Nama Sophia Albarakbah tiba saja hangat diperkatakan. NONA enggan menyentuh kisah peribadi yang dikaitkan dengannya kini, tetapi siapakan pemilik nama Sophia Albarakbah ini? Jadi ini dia beberapa fakta menarik tentang dirinya yang tidak semua tahu.
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Isu dengan Sophia Albarakbah demi popularkan ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, Aliff Aziz tak rela terbabit gimik murahan.
PELAKON Aliff Aziz menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan isu dia dikaitkan dengan pelakon Sophia Albarakbah adalah semata-mata gimik bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Aliff, 32, sebaliknya menjelaskan dia tidak akan sesekali memberi sebarang persetujuan sekiranya diminta oleh mana-mana produksi untuk membuat gimik murahan semata-mata meraih perhatian penonton.
Kata Aliff, dia lebih gembira sekiranya drama lakonan mereka mendapat tempat di hati penonton disebabkan kehebatan jalan cerita itu sendiri.
“Insya Allah benda ni bukan gimik kerana saya pun sebagai seorang pelakon, jika pihak produksi meminta kita buat gimik untuk menaikkan sesebuah drama, saya tidak akan bersetuju.
Aliff enggan membuat gimik murahan.
“Saya berharap drama ini dapat sambutan kerana naskhah itu sendiri dan bukannya daripada sebarang gimik,” katanya kepada mStar.
Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama baharu TV3 bulan Februari yang diadakan di Park 28, Mutiara Damansara, Damansara pada Rabu.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu perkara yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang menggembirakannya, malah dia menekankan bahawa tiada langsung terkait dengan gimik yang dirancang.
“Perkara yang berlaku ini bukan satu benda yang gembira untuk saya. Sekali lagi saya tegaskan, ia bukan gimik pemasaran atau kami saja nak buat kecoh.
“Perkara ini telah pun berlaku dan saya harap kita semua boleh terus ke depan tanpa memperkatakannya lagi,” ujarnya.
Mengulas lanjut tentang drama lakonannya itu, Aliff berkongsi dia bakal membawakan watak sebagai Luth Mikhail dan berusaha untuk memberikan kelainan.
Aliff dan Sophia bakal bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Alhamdulillah watak saya tidaklah nak kata terlalu senang atau susah. Tetapi cabarannya disebabkan watak genre romantik komedi ini, saya perlu membuatkan ia kelihatan lain seperti watak-watak yang ada sebelum ini,” katanya.
Selain Aliff, drama bersiri 28 episod ini turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Sophia Albarakbah, Halim Radzi, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Zaki Azeman, Jasmine Suraya dan Hilal Azman.
Ku Akad Kau Dengan Bismillah akan disiarkan bermula 6 Februari 2023, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam di TV3.
Sumber Nona/Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply