
Individu Dakwa Suami Fatin Afeefa Bukan Pedagang Saham Tapi Kaki Tipu & Seleweng Pengikut.
Nama suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau lebih mesra dengan panggilan Opai, sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas ada individu mendakwa Opai sebenarnya bukanlah pedagang saham seperti didakwa tetapi seorang broker.
Dakwaan tentang Opai
Menerusi perkongsian di Twitter, individu yang menggunakan nama Vaikosa mendakwa Opai seorang penipu malah sering memperdayakan pengikutnya.
Dakwa individu ini lagi, suami kepada Fatin Afeefa yang digelar jutawan muda ini tidak menjana pendapatan melalui trading forex seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya dia dipercayai memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng.
Dalam pada itu, individu terbabit berharap agar kebenaran bakal terbukti selain keadilan buat mereka yang teraniaya dapat ditegakkan.
Ada juga netizen yang mempertahankannya dengan mengatakan bahawa Opai merupakan seorang broker berdaftar dan bukanlah seorang penipu seperti yang dikatakan individu terbabit.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan berhubung kenyataan yang dikeluarkan individu terbabit.
Pendedahan di Twitter
Pendapat netizen
Terdahulu,
Suami Fatin Afeefa Dikecam Kerana Berlagak, Sekali Ada Orang Cuba Nak Dedahkan Kisah Silam Dia.
Suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang sekali lagi menjadi perhatian orang ramai selepas tular sebuah rakaman sesi ‘live’ di aplikasi TikTok.
Menerusi video yang dirakam oleh seorang pengguna Twitter, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai dilihat teruja apabila mendapat gift ‘ikan paus’ yang diberi oleh isterinya.
Namun, apa yang mengundang kemarahan orang ramai apabila pempengaruh itu mempersoalkan netizen yang memberi gift ‘murah’.
“Kalau ye pun nak bagi gift, ini baru namanya gift, ikan paus. Ini gift tak sampai seribu, pastu nak suruh kita cakap thank you, agak-agak la. Tak, sebab I kalau masuk live orang, i bagi gift banyak-banyak”
Bukan itu sahaja, Opai turut sempat menjawab soalan penonton ‘live’ berkenaan mengenai tempoh kekayaannya.
“Baru kaya berapa tahun? Alhamdulillah, konsisten la empat tahun. Nak jaga kekayaan tu bukan senang”
Susulan itu, video rakaman sesi ‘live’ itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan tular di laman Twitter sehingga meraih 523.5K tontonan, 4.3K tanda suka, dan 1.7K ciap semula.
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen telah menyifatkan suami pelakon itu sebagai seorang yang riak kerana mengakui dirinya sebagai ‘orang kaya’.
Ada yang nak dedahkan kisah silam suami Fatin Afeefa
Malah, ada juga yang mengungkit kisah lamanya yang pernah bergelut dalam meneruskan kehidupan sebelum menjadi seorang yang berjaya seperti sekarang.
VIDEO:
Dia ni orang kaya baru ke? pic.twitter.com/21LoXrsEmd
— al (@ciraplaici) January 29, 2023
Sumber : BeautifulNara/Ohbulan .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply