
Timbul lagi isu baru seleaps bekas isteri kepada Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi mendakwa RM6,000 yang nafkah yang diberikan untuk tiga orang anaknya tidak mencukupi.
Emilia turut mendakwa dia terpaksa menampung tiga orang anak berusia 10, 12 dan 17 tahun sendiri, malah SM Faisal dikatakan tidak memberi tempat tinggal buat mereka.
Ahli perniagaan itu bagaimanapun tampil menafikan dakwaan terbabit dan berkongsi gambar hadiah gadjet Apple seperti iPhone, Apple Watch dan iPad buat ank-anaknya di Instagram. SM
Faizal membelikan barang-barang berkenaan memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
Sebelum ini, perkongsiaan ibu tunggal itu telah mendapat perhatian dan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan SM Faisal berbuat sedemikian.
Kerana keadaan yang gawat, Emilia terpaksa menjual kerepek, roti jala, pulut kuning, rendang daging, jeli dan kek bagi menampung kehidupan serta perbelanjaan sekolah anak-anak.
SM Faisal Tunjuk Lebih Banyak Bukti, Tanggung Persekolahan Anak-Anak Cecah Ratusan Ribu Ringgit
Sehubungan dengan isu dakwaan Emilia Hanafi yang mendakwa bekas suaminya hanya memberikan nafkah sebanyak RM6,000 kepada tiga orang anak mereka, pengerusi kumpulan Naza iaitu Datuk SM Faizal SM Nasimuddin tampil mendedahkan beberapa bukti bagi menafikan dakwaan terbabit.
Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan tentang barangan mahal yang diberikan SM Faisal buat anak-anaknya yang sudahpun meningkat dewasa.
Terkini, melalui Instagram @friendsoffaisal ada berkongsi bukti bahawa SM Faisal sebenarnya turut menampung yuran pembelajaran tiga orang anaknya sejak dahulu sehingga sekarang.
Yuran Sekolah Antarabangsa Taylor ditanggung SM Faisal…
Faktanya RM2,000 sebulan untuk setiap anak (RM6,000 untuk ketiga-tiga anak) adalah untuk perbelanjaan mereka sahaja.
Yuran-yuran persekolahan mereka di Sekolah Antarabangsa Taylor’s turut dibayar oleh ayah mereka. Sebelum mereka berpindah ke sekolah tersebut, yuran-yuran sekolah untuk Gardens International School turut dibayar oleh bapa mereka, walaupun pada ketika itu Emila tidak menghantar anak-anak ke sekolah.
Dengan bukti-bukti ini, ia sudah cukup menepis dakwaan bekas isterinya dan juga komen netizen yang membuat tuduhan tidak berasas.
Antara komen netizen,
Bekas bini mata duitan… Baik kau jaga sendiri, kalau bekas bini meminta2..hormati keputusan mahkamah, dah itu yang diputuskan..
Kalau bukan yang masalah, kompem ex yang bermasalah.
Bila dah biasa mewah kena jadi marhaen.
Instagram: friendsoffaisal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply