
Rumah tangga antara isteri pertama kepada suami pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan Rosland Othman, gagal menemui jalan pendamaian.
Tak bayar nafkah
Memetik laporan Malaysia Kini, peguam syarie Adibah, Khairul Anwar Rahmat, berkata proses sulh dengan Adibah di Mahkamah Syariah Putrajaya pada hari Jumaat tidak mencapai kata sepakat untuk berbaik.
Cubaan mencari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh hari ini gagal.
Justeru, kami berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan.
Menurut Khairul Anwar, Adibah menuntut Rosland untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dibayar selama lebih setahun.
Katanya lagi, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021.
Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.
Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.
Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama.
Berubah selepas berkahwin kali kedua
Sementara itu, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Katanya Rosland hanya memberikan nafkah pada anak-anak mereka sekiranya dituntut.
Dia melayan kami seperti sebuah perniagaan yang memerlukan resit, baru boleh tuntut.
Ekoran kegagalan proses sulh itu, mahkamah menetapkan perbicaraan dijalankan pada 2 Mac ini.
Antara komen netizen .
Poligami yg diagungkan kaum lelaki..sedap dekat dunia..dekat akhirat susah nak lepas..satu2 akan disoal tentang tanggungjawab..kawin ramai mmg sedap tapi dekat akhirat sangkut..naya oii.
Jadi lah bijak seperti isteri tua YB Shah Alam Khalid samad. Itu pn sbb isteri tua cerdik bijak dan terpelajar. Sblm dia setuju beri kerjasama sedia bermadu, dia dh tekan rumah, duit dan kereta. At least xde gitu2 je dia lepaskan sisa2 dia dkt Alam Flora ?.
Nafkah tak mampu nak bagi,pg oversea mampu pulakkk..maid sampai dua tiga org..isteri pertama jaga ank 6 org..dia syiok dgn bini muda…tgu la karma nanti..akn jatuh la bisnes dkala bini pertama yg bsama jatuh bgn 20tahun..org nak kawen dua,kau nak kawen dua jugak…
Sumber Ohbulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply