Broken tapi masih bertahan – Zarina Anjoulie padam gambar tunang?

Baru sahaja berkongsi momen bahagia dengan kekasih hati, pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat memuat naik gambar terbaru dengan kapsyen seperti patah hati di ruangan Instagramnya.

Dia juga dilihat menutup ruangan komen di beberapa posting yang dibuat melibatkan tunangnya, Datuk Seri Elzey.

Selain itu, Anju juga dilihat telah menukar kasyen posting sebelum ini yang mengatakan tunangnya mahu dia menurunkan berat badan dahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga kelak.

Menjengah ke TikTok, tunangnya Datuk Seri Elzey juga dilihat sudah memadam akaun media sosialnya. Dia yang sebelum ini menggunakan nama @abot_anjoulie telah ‘lesap’ dan video-video kebersamaan mereka juga sudah tiada.

Dalam pada itu, Anju turut memuat naik gambar terbarunya dengan kapsyen berbahasa Inggeris menyatakan dirinya cuba menghindari dari sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang khabar dari mereka dan masing-masing sememangnya jarang berkongsi momen kebersamaan sejak bertunang tempoh hari.

Untuk rekod, pada pertengahan Januari lalu, Anju dan pasangan dilihat sibuk membuat persiapan untuk pertunangan mereka. Majlis sarung cincin yang berjalan sederhana juga menghadirkan banyak pujian dan doa memandangkan masing-masing dilihat serasi bersama.

Antara komen netizen,

Terdahulu,

Tunang cakap selagi tak turun sampai 55kg dia tak nak kahwin – Zarina Anjoulie

Umum mengetahui selebriti sensasi, Zarina Anjoulie yang kini sedang diulik bahagia apabila baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Datuk Seri Khazrul Alzey.

Terbaharu, Zarina atau mesra disapa Anju berseloroh di laman Instagram mengenai perkembangan persiapan hari bahagianya bergelar raja sehari.

Selagi tak dapat 55kg, tak boleh kahwin lagi

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, Anju berseloroh dengan mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi tidak mendapat berat badan ideal.

Baru 58.7kg, jauh lagi perjalanannya…

Dalam hantaran sama, Anju turut berkongsi berat terkininya yang baru mencapai 58.7kg dan meminta agar tunang dan semua orang bersabar kerana dia sedang berusaha mencapai target.

“Jauh lagi perjalanannya bang. Harap sabarlah ya,”ujar Anju.

Makin kurus, makin cantik!

Rata-rata warganet memuji kecantikan pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul yang kelihatan semakin kurus, selain memiliki bentuk badan menarik.

Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan syarat yang ditetapkan oleh tunang kepada pelakon filem Hantu Kuat Ketawa kerana mementingkan berat badan.

Terdahulu, media melaporkan Anju bertunang pada hujung bulan lalu sehingga menarik perhatian ramai kerana kelihatan manis berbaju kurung dan bertudung.

Sebelum ini,

Zarina Anjoulie temui cinta.

“Betul, memang bercinta.” Demikian kata pelakon, Zarina Anjoulie ketika dihubungi dan diminta untuk menjawab spekulasi mengenai hubungannya dengan jejaka dikenali Datuk Seri Khazrul Elzey.

Zarina yang lebih mesra disapa dengan panggilan Anju berkata, dia tidak mahu terlalu menguar-uarkan mengenai kisah percintaan dan perancangannya untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Insya-Allah, masanya sudah hampir. Tapi, saya tak mahu terlalu beria berkongsi sebab, bagaimana kalau tiba-tiba tak jadi.

“Setiap yang bercinta, tentunya merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan. Kalau jadi, Insya-Allah, jadilah. Sebab itu kita kena rancang dengan teliti. Setakat ini, Alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.

Berdasarkan beberapa hantaran di akaun TikTok Khazrul, Anju dilihat sudah bertemu dengan ibu serta anak-anak kepada jejaka berstatus duda itu.

“Ya, saya dah berjumpa dengan anak-anaknya,” katanya.

Terdahulu, beberapa video dan gambar di yang muncul di media sosial memaparkan Anju dan Khazrul menimbulkan teka teki dalam kalangan netizen dan peminat-peminatnya.

Sumber: Instagram @anjoulievocah1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Sumber omedia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*