
ANAK perempuan kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada skuter pada Sabtu.
Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 44, memaklumkan proses pembedahan yang dijalani Aafiyah berjalan lancar di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah proses di bilik pembedahan berjalan lancar. Terima kasih doktor pakar di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Perkongsian Siti di instastory miliknya.
“Insya Allah Aafiyah segera sembuh ya. Amin. Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk bilik pembedahan. Tengah pujuk Aafiyah,” katanya.
Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan penyanyi itu sedang memujuknya sebelum masuk ke bilik pembedahan.
Menerusi video sama, bahagian dagu Aafiyah dilihat bertampal dengan plaster dipercayai akibat terjatuh daripada skuter.
Dalam pada itu, Siti turut memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa membatalkan persembahan di saat akhir disebabkan kemalangan menimpa Aafiyah.
“Minta maaf kepada klien saya kerana terpaksa batalkan persembahan saya saat akhir disebabkan kemalangan yang menimpa anak saya,” katanya.
Siti bersama anak perempuannya, Aafiyah.
Menerusi Instastory dimuat naik di Instagram miliknya, Siti turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendoakan kesembuhan Aafiyah.
“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Permaisuri Agong bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.
“Terima kasih juga buat semua yang doakan kesihatan Aafiyah. Insya Allah Aafiyah cepat sembuh daripada kemalangan kecil ini. Aamin ya rabb,” tulisnya.
Antara komen netizen,
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply