
Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie sering menayang kisah percintaan dengan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey di Instagram dan TikTok.
Namun, baru-baru ini, Zarina dilihat memadam gambar mereka daripada tatapan orang ramai.
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina seakan memberi bayangan hatinya sedang remuk. Aktres berumur 35 tahun ini menulis kapsyen, ‘Broken (hancur) tapi masih bertahan,’ dengan berlatar belakangkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.
Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul juga bertindak menutup ruangan komen di entri tersebut.
Tindakan itu semestinya mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut setia yang suka melihat momen manis Zarina dan Khazrul Elzey.
Selain itu, Zarina juga memuat naik gambar seksi dengan memakai dress pendek yang menampakkan bahagian dada terdedah.
Sebelum ini, aktres yang mempunyai darah campuran Melayu, Scotland dan Iran ini pernah berseloroh dengan mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi berat badan belum turun.
Ini kata kata Anju
Terdahulu, pada 26 Januari, Zarina memberitahu mereka sudah ‘diikat’, dan sudah menempah baju pengantin dan cincin.
“Doa Mama jumpa orang lebih baik..” Akhirnya Tunang Anju dedah sesuatu status hubungan bersama!
Perkenalan Zarina Anjoulie a.k.a Anju dengan Datuk Seri Khazrul Elzey cukup mengujakan ramai peminat. Setelah beberapa kali rumah tangga aktres tersebut gagal sebelum ini, lelaki penyayang berkenaan melayani dengan sangat baik termasuklah pernah menghadiahkan sebuah rumah.
Anju menulis kapsyen di hantaran IG berbunyi “Broken tapi masih bertahan”. Berdasarkan banyak video yang pernah dikongsikan, anak-anak juga sudah selesa dengan bakal ibu serta ayah baru.
Akan tetapi, tindakan Anju memadamkan segala posting dengan DS Khazrul Elzey semalam telah mencetuskan dakwaan bahawa hubungan mereka sedang dilanda ujian. Papa tak sebaik yang Mama impikan…Kita berdua masih ada kekurangan.
Walaupun belum ada kenyataan rasmi mengenai status terkini perhubungan mereka, Story TikTok lelaki tersebut seakan memberikan bayangan jawapan. Mengakui masing-masing masih banyak kekurangan, DS Khazrul Elzey mendoakan semoga Anju akan dipertemukan lelaki yang jauh lebih baik di masa akan datang.
Datuk Seri cubalah pujuk & jangan give up dengan Anju…Serius sedih. Belum sebulan bertunang tiba-tiba jadi begitu, netizen yang setia mengikuti kisah cinta pasangan secocok ini juga tumpang sedih. Namun mereka mendoakan semoga keadaan dapat diperbaiki.
Tambah pula masing-masing sudah bertemu pihak keluarga, hanya satu fasa saja lagi perlu ditempuhi sebelum bergelar suami isteri. Tidak ketinggalan, ada yang berpendapat mungkin mereka sedang menghadapi dugaan bertunang.
Terdahulu,
Broken tapi masih bertahan – Zarina Anjoulie padam gambar tunang?.
Baru sahaja berkongsi momen bahagia dengan kekasih hati, pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie dilihat memuat naik gambar terbaru dengan kapsyen seperti patah hati di ruangan Instagramnya.
Dia juga dilihat menutup ruangan komen di beberapa posting yang dibuat melibatkan tunangnya, Datuk Seri Elzey.
Selain itu, Anju juga dilihat telah menukar kasyen posting sebelum ini yang mengatakan tunangnya mahu dia menurunkan berat badan dahulu sebelum mereka mendirikan rumah tangga kelak.
Menjengah ke TikTok, tunangnya Datuk Seri Elzey juga dilihat sudah memadam akaun media sosialnya. Dia yang sebelum ini menggunakan nama @abot_anjoulie telah ‘lesap’ dan video-video kebersamaan mereka juga sudah tiada.
Dalam pada itu, Anju turut memuat naik gambar terbarunya dengan kapsyen berbahasa Inggeris menyatakan dirinya cuba menghindari dari sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang khabar dari mereka dan masing-masing sememangnya jarang berkongsi momen kebersamaan sejak bertunang tempoh hari.
Sumber Obulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply