
Sejak kebelakangan ini, usahawan Mawar Karim sering menjadi perhatian media selepas dia membalas komen pedas daripada seorang individu ‘dikenalinya’ yang bertindak menyerang akaun media sosialnya dengan menggunakan akaun palsu.
Pun begitu, nama usahawan yang berusia 34 tahun itu sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik kata-kata di IG storynya namun, hantaran tersebut tidak ditujukan atau menyebut nama mana-mana pihak telah mencetuskan tanda tanya.
“Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat.
“Ia bukanlah kerja saya nak dedahkan orang yang berpura-pura. Akan ada masanya mereka akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” ujar kata-kata tersebut yang dikongsikan oleh Mawar.
Terdahulu, Mawar Karim telah mengejutkan ramai apabila dia seolah-olah memberi bayangan dengan memaklumkan dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri pada suatu ketika dahulu.
Meskipun dia tidak menyebut nama mana-mana pihak mengenai perkongsiannya itu, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia berbanding dahulu.
Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah membina mahligai pada November 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6.
Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2019 dan kemudiannya Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari bernama Fazeera pada Oktober 2021.
Antara komen netizen,
Dok Tanya Buat Apa Dia Tujukan Pada Siapa..Siapa Makan Cabai Dia La Terasa Pedasnya…Bukankah Dia Dah Kata..Depa Sendiri Yang Akan Mendedahkan Diri Depa Sendiri
Cemburu Fizo Dan Isteri Bakal Dapat Anak Ke-2 Dari Perkahwinan Sekarang Lettuw, Tengok Muka Mawar Pun Tau, Kalau Kt Sekolah Ni Dulu Mesti Jenis Kaki Report Org Bercinta, Tp Dia Bercinta Boleh
Itu Lah Jgn Kluarkan Knyataan Yg Bukan2..Brsihkan Hati Bljar Jd Pemaaf Maka Hati Pun Tenang…Tak Sibuk Nak Cari Slh Org Lain…Sdg Mnjlankan Tugas Menjadi Top Fan ? Tandanya Aku Hadir Bertugas
Dia Ni Bukan Selebriti Pun Tp Semak2 Nak Menyalak Jugak . Fizo Ngan Bini Eh Dah Elok Bahagia. Kisah Dalam Kain Rumah Tangga Yg Lama Tak Payah Lah Di Bahas2 Lg. Nampak Benor Hati Bangkainya.
Lawa Mawar Karim Ni…Tp Lawa Lg Bini Aku…Saje Nk Kekalkn Top Fan…(Eh Bukan Top Fan..Ala Maluuu) (Edited)
Ko Asal X Move On Mawar Oii .. Sakit Ati Ke Apa Tgk Org Tu Anak Nk Msuk 2 Dah..
Rasanya Belah Sana Pun Takde Mention Sape2. Kau Yg Menggelupur Balas Balik
Sumber OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply