Mengaku ‘Adopt’ Anak Kucing Untuk Jadikan Makanan Ular, Lelaki Undang Kemarahan Netizen

Viral di laman Twitter mengenai pendedahan seorang pengguna yang memaklumkan orang ramai mengenai tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan segelintir pihak di dalam sebuah group Facebook.

Menerusi ciapan tersebut, seorang individu dipercayai tergamak mengambil anak kucing dan arnab terbiar atau ‘adoption’ untuk dijadikan makanan ular peliharaan mereka.

Bukan itu sahaja, perbualan tersebut bermula dengan perkongsian gambar seorang wanita yang sedang memegang seekor ular peliharaannya.

Ada ke komuniti reptilia di Malaysia yang kita boleh duduk bersembang pasal reptilia? Saya nak jumpa orang yang suka ular macam saya.

Meninjau di ruangan balas, seorang lelaki telah memberi ‘tips’ mengatakan bahawa dia selalu mencari anak kucing atau arnab untuk diberikan kepada haiwan reptilia tersebut.

Saya dan kawan saya selalu ambil anak kucing atau arnab terbiar (adoption) untuk ular kami.

Malah, lelaki itu turut berani meminta mana-mana pihak yang ingin memberi anak kucing atau arnab mereka sebagai ‘adoption’ dan sanggup menipu dengan mengatakan haiwan mereka akan dijaga dengan baik.

Hi semua, ada tak siapa-siapa nak lepaskan anak kucing atau arnab. Saya nak adopt. Helga (ular) saya tengah sunyi, kesian dia.

Susulan itu, pendedahan tersebut telah mendapat perhatian dan mengundang kemarahan orang ramai sehingga meraih 7.3K ciap semula di laman Twitter.

Hal ini kerana, ramai yang menganggap anak kucing atau arnab yang diberikan sebagai ‘adoption’ adalah bertujuan untuk mencari tuan atau tempat tinggal yang lebih selesa dan bukannya untuk dijadikan sebagai makanan untuk haiwan reptilia.

Namun, ada juga yang mempersoalkan mengapa perkara itu menjadi isu besar sedangkan ianya seolah-olah sudah menjadi kebiasaan alam semula jadi.

Lihat juga apa kata warganet :

@_minteucandy_ : Dah tau papa, kenapa la gatal nk bela ular. Tahu dh haiwan tu x mkn wet food.

@aaaf698 : Helga, nanti dah besar sila makan tuan kau tu tau

@salsadilamhmd : elok ular tu makan kau je m, ya Allah mental nyaa la baca, tak tahu la otak letak mana. mana belas kasihan semua

@Cupcakekayangan : Dah mati nanti letak sekali ular tu dalam luang lahad dia.

@mcflurryonly : Dia taktau dia bela helga dgn cara keji ni akan evolve kpd Hellfire, qhopee dia warna hitam , mata merah saga duk tunggu dlm liang lahad ..seramm

@ptrfn__ : Untuk yang pendek akal tu, it’s not about boleh ke tak ular makan binatang lain. We are talking about this guy acting like he’s going to take care of the kittens yang tuan dia sayang but terpaksa let go so it can have a better life but last2 mamat ni bunuh kucing2 tu.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*