Sharifah Husna Nekad Tinggalkan Peluang Jadi Doktor, Kejar Impian Dunia Seni – “Biarlah Apa Orang Nak Cakap”

DEMI minat mendalam terhadap dunia seni, pelakon Sharifah Husna sanggup meninggalkan bidang perubatan meskipun memiliki segulung ijazah untuk bergelar doktor.

Kata Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, hasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan sebelum ini adalah atas permintaan kedua ibu bapanya.

“Memang saya sudah lupakan terus ke arah itu (menjadi doktor). Belajar dalam bidang perubatan adalah permintaan ibu bapa dan saya telah tunaikan dengan tamat belajar.

husna 3

Husna berharap peminat tidak hanya melihat kehadiran dalam industri hanya sekadar jual rupa.

“Berlakon pula adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai.

“Tidak kisahlah apa orang hendak cakap sekalipun, saya hanya mahu jadi diri sendiri dan kerja dalam bidang yang saya suka,” katanya kepada mStar.

Husna berjaya menamatkan pengajian dalam bidang tersebut tiga tahun lalu di Royal Collage of Surgeons Ireland (RCSI) Kuala Lumpur.

Biodata Sharifah Husna, Pelakon Drama Seadanya Aku | Iluminasi

Mula mengatur langkah dalam dunia seni menerusi satu pertandingan mencari bakat, nama Husna kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan peminat.

Buktinya, Husna berjaya tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Telenovela Popular pada Anugerah Telenovela ke-8 baru-baru ini.

Berlakon adalah impian saya. Kita hidup hanya sekali dan kenapa perlu buat perkara yang tidak disukai.

Biodata Sharifah Husna - Pelakon Drama Imaan - Hiburan

Memiliki wajah cantik dan berdarah campuran, Husna bagaimanapun tidak mahu perkara tersebut menjadi sandaran untuk dia kekal bertahan sebagai seorang pelakon.

“Rupa paras itu adalah bonus. Apa yang penting dalam dunia lakonan adalah kejayaan menghidupkan sesuatu watak.

“Saya tidak ambil jalan mudah untuk berjaya. Saya banyak menghadiri kelas lakonan termasuk bersama Nabila Huda dan Fauziah Nawi,” ujarnya.

husna 2

Husna dan suami belum rancang untuk berbulan madu.

Baharu sahaja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Halim Radzi pada Oktober tahun lalu, Husna memberitahu mereka belum sempat untuk pergi berbulan madu disebabkan jadual kerja yang padat.

Baginya komitmen terhadap kerja harus diberi keutamaan kerana dia sendiri memilih bidang ini dan tahu cabaran yang perlu dihadapi.

Nama Kian Dikenali, Halim Radzi Tak Sorok Status Dah Bertunang – “Kami Dalam Perbincangan Tetapkan Tarikh Kahwin.” - Melaysiakini

“Dalam sibuk dengan majlis pernikahan dan resepsi sebelum ini pun saya masih sibuk di lokasi.

“Sehingga kini belum sempat lagi nak honeymoon. Komitmen terhadap kerjaya harus saya utamakan dahulu,” jelasnya.

Sedikit info,

Sharifah Husna Syed Feizal (lahir 21 Januari 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula dikenali selepas mula membintangi drama Imaan dan beberapa drama popular seperti Raisha 2, Seribu Rindu, Puteri Yang Ditukar dan Suri Katriana. Beliau pernah merangkul gelaran juara dalam pertandingan Gadis Panca MyBeauty 2018 anjuran Mingguan Malaysia dimana telah membawa pulang wang tunai RM 10,000, percutian ke Balkan dan kontrak lakonan bersama A. Aida Production.

Biodata Sharifah Husna, Pelakon Drama Seadanya Aku | Iluminasi

Biarpun penglibatannya dalam bidang lakonan mendapat tentangan daripada ibu bapanya yang berpendapat bidang seni tiada jaminan masa depan dan mahu beliau menjadi doktor, Sharifah Husna ingin buktikan kepada keluarganya yang beliau mampu berjaya dalam dunia lakonan.

Kerjaya hiburan Husna bermula selepas beliau dinobatkan sebagai juara Gadis Panca MyBeauty 2018 anjuran Mingguan Malaysia, akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia, sekali gus menewaskan sembilan peserta lain dalam pertandingan akhir.

Cloudbreakr | Asia Influencer Marketing at Scale

Kerjaya lakonan beliau bermula menerusi drama Seribu Rindu, kemudian diikuti oleh Raisha 2, yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Sejak itu, beliau banyak bergiat aktif dalam drama dan telefilem.

Sharifah Husna dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak sulung daripada empat beradik dan merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Beliau ialah graduan dalam bidang perubatan di Perdana University-Royal College of Surgeons Ireland di Serdang, Selangor.

Beliau berkahwin dengan pelakon, Halim Radzi yang tiga tahun lebih muda daripadanya pada 21 Oktober 2022.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*