Hidayah Kecewa Tidak Dibenarkan Masuk, Rumah Peninggalan Abam Dipenuhi Semak Seperti Tidak Berjaga

Terasa pantas masa berlalu, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal Abam Bocey meninggalkan kita semua ke negeri abadi. Selepas pemergiaannya, banyak kisah kita dengari antara pihak isterinya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali bersama adiknya, Ali Puteh.

Malah, persengketaan antara Siti Norhidayah atau mesra disapa Dayah dan Ali yang juga pelawak dibawa ke muka pengadilan mahkamah sehingga ke hari ini.

Hidayah kecewa tak dibenarkan masuk ke rumah

Terbaharu, balu kepada Abam meluahkan kekecewaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh ‘pihak sana’ sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya.

Isteri kepada pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali meluahkan kekecewaan sewaktu berkunjung ke rumah peninggalan arwah suaminya.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, Hidayah memaklumkan dia berkunjung ke rumah peninggalan arwah bersama peguamnya. Namun, kehadiran mereka ke rumah berkenaan seakan tidak alu-alukan apabila ‘pihak sana’ tidak membuka pintu meskipun sudah sejam menunggu.

Apa yang membuatkan dirinya bertambah sedih apabila jelas kelihatan kasut, motorsikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salam atau keluar bersemuka.

Tambah Hidayah, dia turut sebak melihat keadaan rumah peninggalan suami yang dipenuhi dengan semak samun.

Tolong bayar RM60,000 dan serah kunci rumah

Ibu tunggal kepada seorang anak ini juga sempat merakam bukti kereta yang dipandu seseorang memasuki ke kawasan rumah berkenaan.

Dalam pada itu, Hidayah meminta orang ramai untuk menilai sendiri layanan yang diberikan oleh pihak sana selain meminta untuk menularkan video tersebut.

“Korang sendiri tengok, mereka memang tak bagi Dayah masuk rumah kami. Tengok mereka masuk ke dalam rumah tu dan korang nilaikanlah sendiri,”ujarnya.

Sementara itu, Hidayah meminta pihak sana untuk segera membuat bayaran sebanyak  RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.

Terdahulu, adik kepada arwah Abam Bocey, Ali Puteh gagal rayuan saman fitnah dan diperintah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kekal membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya itu.

Perkara itu diputuskan selepas pihak mahkamah menolak rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen, 10 bulan lalu yang mengarahkannya membayar ganti rugi tersebut.

Kontroversi bermula apabila Norhidayah memfailkan saman keseluruhan berjumlah RM900,000 terhadap Ali Puteh sekeluarga, antara lain menuduh bekas adik iparnya itu mengambil harta Abam dan harta anak yatim.

Nor Hidayah juga memfailkan tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya. Dalam pada itu, Ali memfailkan saman fitnah terhadap Norhidayah dan Aliff Syukri pada 27 Ogos 2020.

Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar yang juga abang Ali Puteh meninggal dunia pada 10 Februari 2020.

Video,

Sumber: TikTok @hidayah_hamzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*