Bagai terapung di atas awan, Aina Abdul pukau penonton dengan persembahan serba putih…

SETIAP tahun kemunculan penyanyi Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sentiasa dinanti-nantikan peminat.

Bukan sahaja menanti kemantapan vokalnya ketika mengadakan persembahan tetapi ramai ingin melihat fesyen yang digayakan Aina yang sinonim dengan fesyen pelik.

 

Menerusi edisi AJL yang ke-37, Aina tampil dengan busana serba putih yang dipenuhi dengan ropol di bahagian belakang pakaiannya yang menggambarkan dirinya seperti awan rekaan Melindai Looi.

Malah set persembahannya juga menggunakan rona sama dengan latar pentas dipenuhi dengan awan yang sedondon dengan pakaiannya.

 

Menyampaikan lagu Terus Hidup, kemunculan Aina di pentas berprestij itu mendapat sorakan penonton di Arena Axiata, Bukit Jalil meskipun namanya belum diumumkan untuk mengadakan persembahan.

Malah ketika siaran langsung itu berhenti untuk iklan, penonton tidak putus-putus menjerit nama Aina yang sudah bersedia di atas pentas.

Seperti jangkaan, kemantapan vokal Aina ketika menyanyikan lagu ciptaannya sendiri itu juga cukup memukau dan mendapat tepukan gemuruh penonton sejurus selepas selesai menyanyikan lagu tersebut.

Tidak hairan sejak awal lagi ramai meramal Aina sekali lagi bakal menggondol Anugerah Vokal Terbaik.

Fesyen Aina di AJL sebelum ini menjadi perhatian apabila dia berani tampil seolah-olah berdarah di pentas AJL34 ketika menyampaikan lagu Sumpah.

Tahun lalu dia tampil dengan fesyen berbunga ketika menyampaikan lagu Nafas Cinta.

Sementara itu dia juga menggungguli Anugerah Vokal Terbaik AJL36 menerusi lagu Sepi.

Antara komen netizen,

Pakaian dia sedikit sebanyak agak mengganggu sedikit..nampak aina betulkan earpiece kejap tadi..tapi performance tetap mantap..congrats and good luck! Tertunggu siapa vokal terbaik mlm ni..aina or ernie..?

Aina memang unik dan berani!

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*