Berani Betul! Naim Daniel Menyanyi Sambil Tergantung Dan Terbalik Buat Ramai Berderau

MEMANG lain daripada yang lain!

Itu yang dapat disifatkan mengenai persembahan penyanyi Naim Daniel menerusi persembahan lagu Mainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang berlangsung pada malam Ahad.

Mana tidaknya, Naim berjaya membuat penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil meremang apabila tampil menyanyi secara terbalik dan tergantung sepanjang persembahannya.

WhatsApp Image 2023-02-12 at 10.19.52 PM

Naim sering tampil kelainan menerusi persembahannya.

Memakai pakaian serba putih, Naim turut memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga itu.

Lirik lagu tersebut pula ditulis oleh Arisz Ab Rahman.

Untuk rekod, ini merupakan kemunculan ketiga Naim di pentas AJL selepas kali pertama berentap menerusi lagu Sumpah pada AJL34 pada 2020.

Ketika itu, Naim tampil berdiri di atas sebiji bola bersaiz agam seperti bumi pada persembahan berkenaan.

Manakala pada AJL36, Naim memberi kelainan dengan duduk di atas katil seperti seorang pesakit jiwa yang juga terapung di udara.

Antara komen netizen.

Alhamdulillah Suara Naim Danial Pun Best, Semoga Ada Rezeki Dpt Anugerah Yg Terbaik Aamiin…

Berdebar2 Risau Tonton Naim Terbalik….Apa2 Pun Terbaiklah Naim …Good Luck

Rasa Macam Nak Pusingkan Pulak Tv . Tersenget-Senget Leher Kita Awaaa

Budak Kudrat ” Ayam ” Naik Atas Sambil Nyanyi . Best Lagu Mainan

Best Dia Ni Tp Nada Tinggi Sepatutnya Yg Chorus Last Jd Rendah Senada Dia Bawa.

Terbalik Pn Sore Tetap Power..Nsib Dia Kurus..Kalau Bam Bam Kna Lah Guna Kren

Aku Pulak Yg Risau Tgk Dia Tbalik.Punya La Tgu Dia Turun,Sekali Sampai Abis Duk Tgantung

Tak Elok Sebenarnya Terbalikkan Badan Macam Tu, Boleh Mengakibatkan Saluran Medula Oblongata Mengalami Tekanan Simbiosis Yg Tinggi.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*