“Saya Tak Kira, Saya Tak Nak Bayar Ansuran”, Hidayah Jelaskan Kenapa Dia Tidak Mahu Ali Bayar Secara Ansuran.

Kuala Lumpur: Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.

Hidayah berkata dia tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu menjelaskan jumlah bayaran berkenaan secara ansuran kerana tempoh masa yang agak lama sudah diberi dan kini dia ingin fokus dengan kehidupan bersama anak, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan.

“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini.

Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga sama ada peguam daripada pihaknya sudah dimaklumkan yang Ali mahu membayar secara ansuran, Hidayah berkata peguamnya tidak menerima sebarang surat seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak sana.

Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ali memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran.

Katanya, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Antara Komen Netizen .

Kutuk mcm2 kat tuan punya badan, pastu nk minta bayar ansuran… Kalau teman pun, mmg idok la teman nak bg…

Bila tgas nmpk jahat kn..tp klo lembut di pijak..ade part kena tegas,bila berhadapan org mcm ali..nmpk sgt ali adik bradik tamak n bsuk ati..

Ini makan dia!

Sumber Hmetro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*