“Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya”

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Fatin Afeefa di aplikasi TikTok seakan-akan memberi bayangan pernah melalui pengalaman pahit hidup bersama seseorang hingga terpaksa berkorban menanggung keluarga.

Berkongsi luahannya itu, Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, mendedahkan dia sudah penat menanggung biawak hidup dan tidak mahu lagi melalui hubungan menyakitkan itu.

“Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.

330092159_1940013113003060_2464213644753624957_nFatin Afeefa dedah pernah bela biawak hidup.

“Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang,” katanya.

Fatin mendedahkan perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Isnin.

Tambah Fatin, dia bersyukur suami baharunya iaitu Aliff Awang menjaga keperluannya sebagai seorang isteri.

“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fatin dan berpendapat seorang suami perlu menjaga kebajikan isterinya.

Malah netizen juga terhibur apabila Fatin turut menggelar suaminya sebagai seekor biawak.

“Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya.

FATIN AFEEFA

PELAKON

“Lepas geram nampak, kita perempuan nak dinafkahi bukan kita yang bagi nafkah.

“Yang pernah bela biawak saja tahu rasa sakitnya macam mana.

“Selamba dia biawakkan suami dia. Biawak dia sekarang pun kaya boleh jaga dia,” antara komen netizen.

328589694_194729136435624_5050408378934333985_nFatin Afeefa bersama suami Aliff Awang.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata aitu Ivy Herra Sophia.

Pada 30 Disember lalu, Fatin membuat kejutan kepada peminat apabila melangsungkan perkahwinan dengan Aliff dalam sebuah acara tertutup.

Antara komen netizen,

Kalau tak suka pada biawak pulangkan dia kepada keluarga asal.

Macam tu ke dia biawak kan suami dia.

Biawak ok la sikit kot daripada buaya kan?

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*