Meski Terpalit Kes Mahkamah, Keluarga Ira Kazar Seronok Jalan2 Di ‘Shopping Mall’

Semalam, kecoh di media sosial apabila pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana telah dibenarkan oleh mahkamah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Difahamkan juga, tindakan tersebut diambil susulan keluarga Ira kazar telah melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lalu.

Perintah injuksi dilakukan berhubung dengan tuntutan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yag telah menganggu ketenteraman rumah tangganya.

Disebabkan itulah, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin tidak boleh mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya.

Namun begitu, Ira Kazar telah melanggar perintah berkenaan kerana pergi ke luar negara untuk bernikah bersama pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sebelum kes saman selesai.

Keluarga Ira seronok jalan-jalan kat ‘shopping mall’

Bagaimanapun, baru-baru ini, adik beradik Ira Kazar termasuklah kakaknya yang terlibat dalam kes mahkamah dilihat sedang ‘seronok’ berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah telah berjaya raih perhatian ramai.

Terdahulu, Yasmin Kazar menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara ciapan Twitternya yang didakwa menyindir pelakon Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Bagaimanapun, ciapannya itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak namun, ada segelintir individu yang mendakwa kakak Ira itu seolah-olah menyindir Puteri Sarah dan keluarga Yusof Haslam.

Antara komen netizen,

Walaupun di media sosial kita lihat ramai yg menyokong puteri sarah..tapi di luar sana ramai yang menyokong ira kazar.

Life must go on!.. biar doniaaaa sedang mencemuh, ko kena tetap bahgia dgn cara yg ko mahu.. ( aku bukan side irà) Tapi aku bercakap sebagai seorang manusia sesama manusia..

Mereka mmg dpt enjoy lah..sbb nitezen hanya bising dlm ms aje..depan² nitezen x bising.

Lepaskan tension min… Tgh cri jawapan nak masuk mahkamah nnti

Orang nampak kita senang, tapi dalaman siapa yg tahu.

Video,

Sumber: Instagram @yasminkaza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*