
Nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi panas apabila namanya dipetik ramai selepas tular dakwaan curang belakang isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Bertambah kukuh spekulasi berkenaan apabila tiada sekeping foto isterinya di laman Instagram.
Tidak berdiam diri, pelakon yang berusia 29 tahun menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan rumah tangganya adalah baik-baik sahaja.
Ye ke tak curang?
Bagaimanapun, ungkapan Hafidz itu seolah-olah tidak ‘sepadan’ apabila isterinya tampil membuat naik kenyataan di hantaran Insta Stories peribadi miliknya mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Menerusi beberapa hantaran dikongsikan semula di sebuah forum hiburan, Shuhada meluahkan kekecewaan dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.
Shuhada berkata, dia ‘sangat’ berterima kasih kepada wanita berkenaan kerana tergamak merampas seorang bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka.
“Kepada awak, terima kasih sebab sakitkan hati saya dengan anak-anak yang tidak berdosa.
“Terima kasih kerana menjadi seorang perempuan yang mengambil abah kepada anak-anak saya.
“Terima kasih kerana meruntuhkan rumah tangga saya, terima kasih kerana sanggup melihat penderitaan wanita lain sebab nak ‘fight for your love,”tulisnya.
Lebih hebat dari Ira Kazar & sanggup datang rumah
Dalam hantaran berikutnya, wanita berkenaan disifatkan seakan muka tembok sehingga sanggup datang ke rumah mereka selain membuatkan dirinya dan anak-anak menderita.
Selain itu, Shuhada turut mengakui dirinya terasa bodoh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya menderita.
“Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,”luahnya.
Tambah Shuhada, wanita berkenaan lebih hebat dalam ‘ilmu menyondol’ berbanding anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang merampas kebahagiaan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana dan anak-anak.
Terdahulu, seorang aktor lelaki dikhabarkan ‘kantoi’ bermesej lucah bersama seorang wanita dan terbongkar setelah diketahui isterinya sendiri.
Antara komen warganet.
Maaf Lah Apa Yg Saya Ckp Ni Lelaki Memang Jenis Suka Menyakiti Hati Wanita Ke? Bila Dah Kahwin Sanggup Curang Gn Isteri X Ingat Isteri Yg Sanggup Bersusah Payah Bersama- Sama, Mengandung Dan Melahirkan Zuriat Anda Tp Bila Ada Kehadiran Orang Ketiga Anda Lupa Segala Pengorbanan Seorang Isteri…Jgn Ckp Dah Takdir Sbb Curang Tu Pilihan Anda Sendiri
Aku Kalau Bab Perempuan Ni Aku Mmg Susah Nk Percaya Sangat, Diorang Ni Kalau Mimpi Masa Tidur Pastu Termimpi Suami Jalan Dgn Perempuan Lain Pun Boleh Jadi Isu Cerai.
Paling Tak Boleh Terima, Siap Tanya Kat Suami Dia Sapa Perempuan Dalam Mimpi Dia Tu…. Boleh Jem Lato2 Suami Nak Jawab Apa.
Isteri Dok Buka Aib Suami, Last2 Terima Balik Oh Demi Anak2, Tau2 Tambah Lagi Anak..
Mmmmm Bila Laki Curang Wanita Sesama Wantia Saling Marah Maki Hamun..Bertepuk Pihak Lelaki Tgk Wanita2 Akhir Zaman Saling Berbuat Dosa
Tolong La Kepada Kaum2 Lelaki Jgn Cakap Soal Bukak Aib.. Klu Xnk Isteri Bukak Aib Jangan Nak Menggatal Dgn Betina Lain..
Kalau Pernah Atau Selalu Mimpi Selipar Atau Kasut Hilang Atau Tinggal 1sahaja,Sebelah Ada Sebelah Takda Itu Maknanya Istri Dalam Situasi Ini.
Zaman Skng Penyondol Mmg Takde Empati Dah. Xde Rase Malu, Takut Dpt Kifarah, Etc. Yg Mereka Tau, Mereka Hebat Sbb Berjaya Buat Suami² Tinggal N Tipu Isteri N Anak². Mereka Bangga Dgn Hebatnya Mereka. Cantiknya Mereka. Nauzubillahiminzalik.
Sumber: Forum
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply