
Penyanyi terkenal, Shila Amzah mencuri perhatian ramai ekoran penampilannya yang menindik hidung.
Menerusi sebuah video temuramah Shila ketika di program realiti hiburan semalam, netizen mempertikaikan imej bertindik pelantun Patah Seribu itu yang dianggap seperti ‘lembu’.
Imej menindik hidung ditunjukkan Shila Amzah masih menjadi perhatian sehingga ada segelintir netizen bertanya mengenai perkara tersebut ketika penyanyi itu membuat siaran langsung di aplikasi TikTok.
Shila Amzah nak kelainan lepas cerai
Menurut laporan Astro Gempak baru-baru ini, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengakui mahu melakukan sesuatu kelainan selepas bercerai dengan mengubah sedikit gaya penampilannya.
Bila ada overprotective family, you nak jadi rebellious (memberontak) kan. Jadi, selepas Sha cerai, I wanted to do something. Sha macam nak something different.
“Sha suka piercing dari zaman sekolah lagi,” jawab penyanyi berusia 33 tahun itu menerusi siaran langsung tersebut.
Sebelum ini, Shila mengundang kecaman ramai selepas tampil dengan imej sebegitu selain memakai kuku panjang yang boleh ‘dicabut’ ketika bertanding dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).
Bagaimanapun, penyanyi lagu Patah Seribu itu menerima komen dengan hati terbuka sekali gus akan memperbaiki lagi kelemahan dalam dirinya.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Elias pada April 2018 namun bercerai pada Februari tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Antara komen,
Sebaiknya Lakukan Kelainan Kearah Yg Lebih Elok…Imej Dah Cantik Bertudung Tapi Syg …Apapun Itu Pilihan Sendiri..
Dh Bukan Remaja Pun, Dh Janda Dh Anak 1 Cuba Buat Perangai Tu Molek Sikit. Cari Lelaki Yg Lbh Matang, Rs Ramai Je Nak Kn Shila Ni. Tapi Nk Wat Mcm Mn Dh Tu Pilihan Dia.
Sejak² ‘Rapat’ Dengan Budak Muda Ni, Lain Macam Die Nye Aura. Selalu Gi Konsert/Showcase Pastu Nyanyi Sama² La. Ni Dah Nambah Aksesori Pulak. Tah La.. Itu Pilihan Die Meraikan Hubungan, Nak Cakap Ape Lagi
Bila Allah Bagi Ujian Back To Basic Balik..Cari Allah..Bukan Cari Kelainan..Semoga Berubah Ke Arah Yg Lebih Baik Lagi ..Aamiin.
Ya La Lama Dah Lubang Tak Ditebuk..Dia Tebuk La Lubang Hidung
Nak Bgi Lain Lagi Ikat Tali Kt Hidung Tu… Pastu Tambat Kt Pokok
Tudung Tak Bukak Lagi Tu Tak Mustahil Tunggu Dan Lihat Jer
Korang Kene Ingt Bf Dia Ketua Suku..So Dia Pun Kene Gk Yg Kuban2…
Sumber: Astro Gempak (Asyikin Mayudin), Instagram Shila Amzah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply